Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Felda D’ Saji perkenal produk sedia dimakan, sasar eksport pada separuh kedua 2021
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Felda D’ Saji perkenal produk sedia dimakan, sasar eksport pada separuh kedua 2021

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Mengambil pengajaran selepas perniagaan kateringnya terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, FELDA D’Saji Sdn Bhd kini meneroka perniagaan makanan sedia dimakan dengan menawarkan sembilan sajian istimewanya sebagai permulaan, selain empat perisa aiskrim berbeza.

Pengerusinya Datuk Zakaria Arshad berkata, sekiranya semuanya berjalan lancar, syarikat katering yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA dan KPF Bhd itu menyasarkan agar perniagaan baharu itu menyumbang sebanyak 40 peratus kepada kumpulan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita menyasarkan sumbangan 40:60 daripada makanan sedia dimakan dan perniagaan katering ini dalam masa lima tahun akan datang. Buat masa ini, 100 peratus hasil perolehan D’Saji adalah daripada perniagaan katering.

“D’Saji telah kehilangan hasil sehingga 70 peratus pada tahun lepas di sebabkan penularan COVID-19. Oleh itu, kita telah mengambil pendekatan untuk menghasilkan makanan yang siap untuk dimakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Promosi Ramadan D’Saji.

Untuk rekod, beliau berkata hasil perolehan D’Saji secara purata sebelum berlakunya pandemik itu adalah sekitar RM3 juta sehingga RM4 juta.

Zakaria berkata D’Saji turut berhasrat untuk mengeksport produknya ke luar negara pada separuh kedua tahun ini termasuk ke negara Timur Tengah dan ASEAN.

Menurutnya, D’Saji juga bercadang untuk membuka beberapa restoran bertaraf lima bintang.

Sementara itu, beliau berkata antara sajian istimewa D’Saji yang diketahui ramai adalah daging salai lemak belimbing, daging masak hitam dan rendang ayam, selain memperkenalkan empat perisa aiskrim tapai istimewanya iaitu mangga, durian, vanila dan keladi.

Bersempena sambutan Ramadan, FELDA D’Saji kembali menawarkan sehingga 88 menu bufet Ramadan mulai 13 April hingga 10 Mei ini dengan bayaran mulai RM38 untuk kanak-kanak dan RM78 bagi dewasa.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 019-6622525 atau 03-26930008.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Felda, tgk, twk

Editorial

  • Harga petrol RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen
  • VSN 2030: Peluang rakyat terlibat dalam penggubalan dasar sukan negara

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.