Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Giant sedia berkembang semula dengan wajah baharu
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Giant sedia berkembang semula dengan wajah baharu

 

PETALING JAYA, 8 April  — GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang mengendalikan rangkaian pasar raya/pasar raya hiper Giant, bersedia untuk berkembang semula walaupun menghadapi pelbagai cabaran, menerusi penampilan baharu yang dilancarkan pada Khamis serta pengembangan pasar mini.

Syarikat induknya, Dairy Farm International Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong telah memperuntukkan kira-kira RM25 juta untuk mengubah suai kesemua 57 pasar raya Giant dan membuka 10 pasar mini Giant.

Giant dilaporkan memiliki 122 pasar raya pada 2018.

Semasa taklimat bersama pemberita pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Dairy Farm (Perniagaan Makanan Asia Tenggara), Chris Bush berkata jenama kecil di bawah kumpulan itu — Giant Express dan ShopSmart! — juga akan ditukar menjadi Giant Mini.

Mengenai penamatan operasi beberapa pasar raya Giant, beliau berkata Giant telah menyatukan pasar raya di bawahnya susulan keadaan perubahan pasaran dan prospek daya maju kawasan berkenaan.

“Kini kami mempunyai beberapa pasar raya yang amat berjaya di seluruh Malaysia dan bersedia melangkah maju untuk mengembangkan perniagaan ini sekali lagi,” katanya.

Beliau berkata operasi di Malaysia akan menumpukan rangkaian pasar raya yang lebih kecil.

Giant telah beroperasi lebih 40 tahun sejak logo terakhir jenama itu diberikan ciri-ciri baharu, katanya.

“Pentingnya penjenamaan semula bukan hanya mengenai logo baharu, malah beberapa perubahan besar yang dilaksanakan di pasar raya kami selama empat atau lima bulan lepas sebagai persiapan untuk pelancaran semula Giant,” katanya.

Bush berkata Giant yang berada di Malaysia sejak 1944 dan merupakan antara peruncit terkemuka di negara ini, terus mengambil berat keperluan pelanggan terhadap kualiti dan nilai produk segar.

“Dalam tempoh 12 bulan lepas, Giant mendapati makanan segar mencatatkan penjualan yang kukuh selain meraih ulasan positif daripada pelanggan mengenai kualiti Giant,” katanya.

Beliau berkata untuk memastikan harga yang kompetitif, kumpulan itu memperoleh produk secara langsung dari ladang untuk mengelakkan peranan orang tengah.

Berikutan rantaian bekalan global benar-benar mencabar dan mengalami tekanan akibat pandemik COVID-19, Giant terus menjadikan produk keperluan harian sebagai keutamaanya untuk pelanggan sejak setahun lepas.

Atas matlamat tersebut, jenama itu telah memperkenalkan penawaran baharu untuk memenuhi permintaan pelanggan seperti zon RM3 di pasar raya terpilih untuk memperkukuh semula kedudukan Giant sebagai peneraju harga.

Ia juga melancarkan barisan Dunia Makanan, yang menawarkan pilihan produk import dan makanan tempatan daripada kira-kira 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, serta membawa lebih 2,000 produk baharu antaranya makanan segar, barangan runcit dan keperluan rumah.

Dairy Farm juga memperkenalkan jenama Meadow di Malaysia, dengan 40 produk setakat ini dilancarkan secara eksklusif untuk Giant dan 200 hingga 300 item tambahan dalam beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata pihaknya turut akan melancarkan lebih 1,000 program promosi, setakat ini yang terbesar dirancangkan oleh Giant untuk Malaysia.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • 200 usahawan aplikasi amalan I4.0 dalam pertanian terima pembiayaan RM100,000
  • Sarjana Zimbabwe puji kejayaan China basmi kemiskinan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.