Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs jadi tarikan di KKMM
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs jadi tarikan di KKMM

 

PUTRAJAYA, 9 April  — Pembukaan dua outlet jenama francais terkenal iaitu Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menjadi daya tarikan bukan sahaja kepada warga kementerian tetapi juga penjawat awam di kementerian berdekatan.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek berkata pembukaan kedua-dua outlet itu memberi peluang kepada penjawat awam menikmati pelbagai juadah yang dijual di kios tersebut.

Menurutnya, hasrat menjemput kedua-dua francais itu untuk beroperasi di KKMM timbul apabila beliau memulakan tugas di KKMM dan mendapati keadaan di lobi kementerian agak suram.

“Hari ini dalam sejarah KKMM, kita telah membuka ruang lobi kita untuk dua francais ini dan ia secara tidak langsung memberikan ruang kepada tetamu yang datang ke sini sama ada untuk janji temu atau mesyuarat, ada tempat perhentian sebelum meneruskan agenda mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan cawangan Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs, di sini hari ini.

Menurutnya, pembukaan cawangan francais itu adalah hasil kerjasama dan perbincangan melibatkan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan KKMM, pegawai KKMM dan pihak Perbadanan Nasional Bhd (PNS).

Mohammad, yang juga Penasihat Puspanita Cawangan KKMM, berkata pembukaan kedua-dua outlet di lobi KKMM juga membuktikan bahawa kementerian itu sentiasa menyokong usahawan terutama daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk mencari pendapatan.

“Sebelum ini memang kita bagi peluang kepada para peniaga khususnya dalam kalangan B40 untuk berniaga di sekitar kawasan KKMM seperti di Dataran Gemilang, sebab untuk peniaga kecil mereka memerlukan ruang dan tempat yang strategik.

“Jadi kita (KKMM) ini berjiran dengan kementerian-kementerian lain maka sudah tentu pemilihan lokasi khususnya di ruang lobi KKMM amat sesuai kerana penjawat awam daripada kementerian lain juga boleh turut sama membeli dari outlet Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs,” katanya.

Kedua-dua cawangan itu menawarkan diskaun 10 peratus bagi kakitangan KKMM selain diskaun sebanyak 19 peratus ditawarkan 1901 Hot Dogs pada setiap 19 haribulan manakala Gloria Jean’s Coffees pula memberikan diskaun sebanyak 25 peratus pada setiap 25 haribulan.

Turut hadir pada majlis pembukaan itu ialah Pengarah Bahagian Perbendaharaan dan Pengurusan Aset PNS merangkap Pengarah Gloria Jean’s Coffees Malaysia, Brunei dan Myanmar Jamil Busrah dan Pengerusi Puspanita Cawangan KKMM Datin Seri Hairani Mohd Tajudin.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • KKM mempertimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada penderma darah – Adham
  • Liga Super: Kedah DA FC kecundang di laman sendiri

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.