Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • GP Malaysia: Atlet Johor cipta kejutan ungguli 100m lelaki
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 10, 2021April 11, 2021
  • 0

GP Malaysia: Atlet Johor cipta kejutan ungguli 100m lelaki

KUALA LUMPUR, 10 April — Atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat mencipta kejutan apabila mengungguli acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Muhammad Arsyad mencatatkan larian 10.64 saat (s) untuk menewaskan atlet kebangsaan dari Sarawak Jonathan Nyepa yang berada di tempat kedua (10.70s) manakala Muhammad Azeem Mohd Fahmi dari Perak pula berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan 10.85s.

Atlet berusia 18 tahun yang gembira dengan kemenangannya itu turut teruja apabila dapat memperbaharui rekod peribadi iaitu 10.70s yang dicatat semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia pada 2019.

“Jurulatih sayapun gembira namun beliau memberitahu masih banyak lagi perlu diperbaiki khususnya pada peringkat permulaan dan teknik larian,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anak buah jurulatih pecut Mohd Poad Md Kassim yang pernah membimbing pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Khairul Hafiz Jantan itu turut mengimpikan untuk tersenarai dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada 21 Nov hingga 2 Dis ini.

Sementara itu, Azreen Nabila Alias muncul juara 100m wanita dengan catatan 12.00s diikuti Komalam Shally dari Perak (12.01s) manakala tempat ketiga diraih atlet Johor Siti Fatimah Mohamad (12.12s).

Kejohanan GP Malaysia akan bersambung dan berakhir esok.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Digital Mersing inisiatif KPLB naik taraf komuniti setempat ke arah digitalisasi
  • NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.