Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Hakim perbicaraan kelihatan “terdorong” untuk putuskan Najib bersalah – peguam
  • »
  • BERNAMA
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Hakim perbicaraan kelihatan “terdorong” untuk putuskan Najib bersalah – peguam

PUTRAJAYA, 13 April  — Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bagaikan “terdorong” untuk memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah.

Peguam beliau Farhan Read berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Kelihatan seolah-olah ada keinginan untuk memutuskan tertuduh bertanggungjawab. Hakim (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) terdorong untuk memutuskan tertuduh bersalah,” katanya.  

Farhan berkata undang-undang jenayah bukanlah saluran yang tepat untuk tertuduh dipertanggungjawabkan kerana tertuduh sudahpun dipertanggungjawabkan pada pilihan raya umum yang lepas.

Kata peguam itu lagi dapatan hakim perbicaraan bagi memerintahkan Ahli Parlimen Pekan tersebut membela diri juga sangat prejudis.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran bersambung.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Najib, tgk

Editorial2

  • Saudia lancar percubaan aplikasi perjalanan untuk penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah
  • 10 sekolah terjejas akibat ribut di Parlimen Titiwangsa akan diselenggara segera – Rina Harun

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.