
PUTRAJAYA, 12 April — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan penglibatan beliau dalam urusan campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.
Beliau berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).
“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampurinya.
“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadan menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya selepas hadir Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di sini hari ini.
Hamzah berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis.
Sumber : BERNAMA
Tags: tgk
Leave a Reply