Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Harga MSM tertinggi dipacu peningkatan eksport, stok rendah – MPOB
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 12, 2021April 13, 2021
  • 0

Harga MSM tertinggi dipacu peningkatan eksport, stok rendah – MPOB

KUALA LUMPUR, 12 April — Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia melonjak ke paras RM4,270 satu tan pada 9 April 2021 yang melepasi paras tertinggi RM4,247 satu tan pada 15 Mac lepas, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ketua Pengarahnya, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, antara faktor penyumbang perkembangan tersebut adalah peningkatan jumlah eksport serta kekurangan simpanan komoditi itu biarpun terdapat laporan pengeluaran mencatatkan pertambahan.

“Harga minyak lain juga tinggi dan MSM juga dijangka kekal di paras lebih RM3,500 bagi tempoh 2-3 bulan ini.

“Keadaan itu berlaku walaupun terdapat peningkatan pengeluaran pada Mac iaitu kepada 1.4 juta tan daripada 1.1 juta tan,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

MPOB menerusi Seminar Internet Minyak Sawit (POINTERS) yang diadakan secara maya pada 5 April lepas, telah mengunjurkan peningkatan eksport minyak sawit sebanyak 0.7 peratus kepada 17.5 juta tan pada 2021 berbanding 17.37 juta tan pada 2020.

Malah, MPOB yang juga pihak pengawal selia industri itu juga berharap agar tahun ini berpotensi memberi prospek lebih cerah untuk industri minyak sawit tempatan dengan kesemua indikator atau petunjuk utama dijangka mencatat prestasi lebih baik.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Pemilik Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata, peningkatan pengeluaran pada April akan menyebabkan harga MSM susut daripada paras tinggi semasa dan kekal meningkat.

Beliau berkata, pengeluaran minyak sawit di Malaysia juga diunjur meningkat sebanyak dua peratus kepada 19.5 juta tan manakala eksport bertambah tiga peratus kepada 17.7 juta tan, tahun ini.

“Harga (MSM) dijangka rendah pada separuh kedua 2021 dan diunjur merosot kepada RM3,300 satu tan pada Jun dan tempoh seterusnya,” katanya pada seminar POINTERS.

Dalam pada itu, laporan prestasi minyak sawit bagi Mac yang dikeluarkan oleh MPOB pada Isnin, menunjukkan stok MSM terus menunjukkan aliran peningkatan dengan pertambahan sebanyak 12.37 peratus kepada 742,742 tan daripada 660,987 tan pada Februari 2021.

Stok minyak sawit diproses juga meningkat 9.02 peratus bagi bulan ke bulan kepada 703,228 tan daripada 645,035 tan, kata MPOB.

Secara keseluruhannya, jumlah stok minyak sawit menokok 10.72 peratus kepada 1.45 juta tan berbanding 1.31 juta tan, sebelum ini.

Selain itu, pada akhir dagangan Isnin, indeks perladangan minyak sawit di Bursa Malaysia susut 23.61 mata kepada 6960.02 berikutan aktiviti pengambilan untung dengan syarikat-syarikat besar seperti IOI Corp turun 0.48 peratus kepada RM4.18, KLK berkurangan 0.35 peratus kepada RM22.50 manakala Sime Darby Plantation merosot 0.66 peratus kepada RM4.53.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Luster peroleh kontrak bernilai RM1 bilion bina barisan pengeluaran sarung tangan di AS
  • Aifa, Ivan juarai Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.