Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Harumanis ‘laku keras’ di platform dalam talian
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • May 3, 2021May 3, 2021
  • 0

Harumanis ‘laku keras’ di platform dalam talian

PADANG BESAR, 3 Mei — Larangan merentas negeri akibat penularan wabak COVID-19 tidak menjejaskan penjualan mangga Harumanis, apabila ia ‘laku keras’ dijual menerusi platform dalam talian.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis Mohamad Paisal Amri berkata, dari awal musim sehingga kini, pihaknya berjaya menjual sebanyak 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.

“Permintaan Harumanis pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, apabila kita mendapat pasaran baharu ke Sabah menerusi penglibatan pihak swasta, bagi merancakkan lagi penjualan Harumanis secara e-dagang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohamad Paisal berkata FAMA akan sentiasa membantu pengusaha bagi meningkatkan hasil jualan mereka dari semasa ke semasa.

“Kita galakan pengusaha agar memberi tumpuan kepada jualan secara dalam talian, kerana ia pilihan terbaik ketika ini dikala negara dilanda wabak COVID-19,” katanya.

Seorang pengusaha Harumanis Aziz Itam, 61, berkata penjualan Harumanis secara dalam talian amat menggalakkan berbanding tahun lepas, namun hasil jualan secara bersemuka agak merosot akibat larangan merentas negeri.

“Perkhidmatan kurier tahun ini sangat baik, apabila buah yang dihantar sampai kepada pembeli dalam masa kurang dari tiga hari dan mendapat ‘sambutan’ positif,” katanya.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata, beliau menjual sebanyak 150 sehingga 200 kilogram dalam masa seminggu, dan hampir satu tan matrik sepanjang bulan Ramadan.

“Anak-anak banyak membantu saya dalam melakukan jualan secara dalam talian menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, dan rata-rata pembeli adalah dari Kuala Lumpur, Pahang dan Johor,” katanya.

Nada berbeza diberikan oleh Che Rus Man, 57, yang berkata permintaan Harumanis pada tahun ini agak merosot daripada tahun sebelumnya.

“Tempoh matang buah untuk dituai yang tidak sekata menyebabkan pakcik menghadapi kesukaran dalam memasarkan buah kepada pemborong, menyebabkan hasil jualan tahun ini agak merosot,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: Harumanis, tgk

Editorial2

  • Aidilfitri : Pelajar IPT dibenar pulang, rakyat marhaen tidak.
  • Warga emas hidup berhimpit bersama 15 ahli keluarga dalam rumah kecil

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.