Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Hishammuddin cadang tiga sektor utama pelaburan untuk belia D-8
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Hishammuddin cadang tiga sektor utama pelaburan untuk belia D-8

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan tiga bidang utama kepada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) yang mesti dilabur untuk belia bagi memastikan kemajuan golongan ini pasca-COVID-19.

Dalam kenyataan pada sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri D-8 Ke-19 yang diadakan sebelum Sidang Kemuncak D-8 ke-10 pada Khamis, beliau berkata tiga bidang itu adalah memperkasa pendidikan dalam talian, meningkatkan inovasi dagangan digital serta menggalakkan perjalanan rentas sempadan yang selamat.

Hishammuddin berkata, tema Sidang Kemuncak kali ini, “Partnership for a Transformative World: Harnessing the Power of Youth and Technology” amat tepat pada masa, menyediakan pendekatan baharu untuk kumpulan itu pulih daripada era pasca pandemik.

Dengan seramai 555 juta orang, beliau berkata belia adalah golongan penting dalam populasi D-8 dan justeru perkumpulan itu mesti bergerak pada hala tuju baharu bagi memperkasa generasi akan datang serta kekal bersaing dan apa yang lebih penting, adalah relevan.

Ketika ekonomi masih merangkak untuk pulih dan ramai terpaksa berdepan dengan lebihan tenaga kerja, golongan belia terpaksa meneroka media sosial untuk memulakan perniagaan digital mereka sendiri, katanya dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra di sini pada Rabu.

“Di seluruh dunia, kita dapat melihat bagaimana belia menyalurkan kreativiti mereka untuk memulakan perniagaan kecil masakan di rumah dalam talian, membuat pelitup muka guna semula atau beralih kepada ekonomi gig, terutama dalam perkhidmatan penghantaran dan e-hailing bagi mendepani cabaran ekonomi,” katanya.

Mengulas mengenai pendidikan dalam talian, Hishammuddin berkata D-8 mesti mengakui bahawa pandemik memberi kesan buruk terhadap persekolahan dan pengajian institusi pengajian tinggi, dengan ramai pelajar terpaksa berdepan kesukaran menyempurnakan pengajian mereka selain terpaksa menerima kaedah pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu.

“Bagi Malaysia, kami melipat gandakan usaha dengan memperuntukkan US$12.7 bilion (RM52.47 bilion) untuk mengukuh dan menaik taraf prasarana teknologi bagi menyediakan akses digital lebih menyeluruh untuk generasi muda menerusi inisiatif Rangkaian Digital Kebangsaan.”

Dalam perniagaan digital, beliau berkata COVID-19 menghidangkan peluang untuk golongan belia menceburkan diri dalam dunia perniagaan atau memiliki perniagaan sendiri.

Untuk aspek memupuk pelancongan rentas sempadan selamat, Hishammuddin mengetengahkan inisiatif Malaysia dalam memperkenalkan Pusat Sehenti untuk memudahkan pelancong perniagaan dan pelabur di semua pintu masuk antarabangsanya.

Beliau berkata, Malaysia adalah antara negara paling awal memperkenalkan program ini bagi menyediakan sistem sokongan yang lancar kepada ahli perniagaan yang melancong untuk tempoh singkat termasuk laluan ekspres protokol kesihatan dan keselamatan dengan penekanan terhadap keselamatan pelancong terbabit serta yang berhampiran mereka.

“Bagaimanapun, ia tidak memadai. Dalam merealisasikan Inisiatif Sektor Swasta D-8, kita mesti menimbang untuk meneroka kemungkinan secara beransur-ansur dan selamat membuka sempadan kita menerusi langkah membentuk ‘koridor pelancong’.

“Dengan bekerjasama rapat untuk membentuk ‘gelembung’ dengan menggunakan protokol dan prosedur kesihatan yang kukuh, kita mampu menyediakan lonjakan yang amat diperlukan bagi memperkasa ekonomi kita,” katanya.

Ketika negara anggota sedang melaksanakan pelan vaksinasi kebangsaan masing-masing, menteri itu menekankan bahawa mereka mesti bekerja ke arah mengiktiraf sijil vaksin setiap negara anggota bagi memudahkan pelancongan pada masa depan.

“Pengiktirafan timbal balas Sijil Vaksinasi COVID-19 menawarkan cara untuk individu membuktikan mereka sudah pun disuntik dengan vaksin COVID-19,” kata Hishammuddin.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun D-8 adalah pertubuhan untuk pembangunan kerjasama dalam kalangan negara anggota iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk, twk

Editorial

  • YaPEIM Gold sasar RM12 juta jualan produk emas edisi Jubli Siti
  • Malaysia tunggu laporan EMA sebelum putuskan untuk meneruskan vaksin Astrazeneca – Khairy

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.