Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Hujan lebat akibatkan pokok tumbang sekitar ibu negara
  • »
  • BERNAMA
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Hujan lebat akibatkan pokok tumbang sekitar ibu negara

KUALA LUMPUR, 12 April — Hujan lebat dan ribut petir di ibu negara petang tadi mengakibatkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur antara kawasan terlibat dalam kejadian dari 6.23 petang hingga 7.04 malam itu adalah Jalan Perkasa, Taman Maluri; Taman Rama-Rama Cendasari, Bukit Aman; Pondok Polis Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri; Taman Ikan Emas, Jalan Kaskas; Pangsapuri Indah Mas dan Taman Shamelin Perkasa.

Pokok tumbang turut menjejaskan laluan ke Stesen LRT Maluri menghala ke Stesen LRT Pandan Jaya.

“Kerja-kerja memotong pokok di laluan tersebut masih diteruskan dan para penumpang dikeluarkan oleh kakitangan LRT dan anggota bomba,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian di Jalan Perkasa, wanita berumur 33 tahun bersama empat anak berusia lapan hingga 13 tahun nyaris maut apabila rumah teres mereka dihempap pokok kira-kira 6.39 petang, namun semuanya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan di lokasi terbabit turut rosak akibat ditimpa pokok tumbang, namun tidak membabitkan mangsa,” menurut kenyataan itu malam ini.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Cheras terlibat dalam tugas menyelamat selain memotong dan mengalihkan pokok tumbang di semua lokasi terjejas.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Aifa, Ivan juarai Kejohanan Skuasy SRAM PSA 1
  • Tren komuter terkeluar landasan, akibatkan kelewatan perjalanan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.