Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Imigresen buru 21,378 pekerja asing guna khidmat sindiket keluarkan PLKS palsu
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Imigresen buru 21,378 pekerja asing guna khidmat sindiket keluarkan PLKS palsu

 

KUALA LUMPUR, 7 April  — Jabatan Imigresen Malaysia sedang memburu dan mengesan seramai 21,378 pekerja asing yang disyaki menggunakan khidmat sindiket yang mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu sejak tahun lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua pekerja asing berkenaan melibatkan pelbagai sektor termasuk perladangan, perkilangan dan perkhidmatan pembersihan dan beberapa warga Bangladesh telah ditahan tahun lepas kerana menjual PLKS palsu.

“Setakat ini, sindiket yang aktif sejak beberapa tahun lalu itu didapati tidak membabitkan negara (ejen sah) pembekal warga asing. Mereka yang membeli pas itu ada dalam kalangan individu dan majikan.

Data pekerja asing ada dalam sistem. Sekiranya kami mendapati mereka menjual PLKS (palsu), mereka akan ditahan dan diusir keluar dari negara ini selepas melalui proses tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Hack-Sindiket Godam Sistem di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Selain itu, Khairul Dzaimee berkata kerajaan mengalami kerugian levi sebanyak RM4.7 juta berdasarkan bayaran antara RM600 hingga RM1,600 yang dikenakan ke atas setiap PLKS yang sah, bergantung kepada jenis sektor pekerjaan.

Beliau berkata walaupun sindiket ini berjaya menggodam sistem PLKS jabatan imigresen namun mereka gagal menukar status senarai hitam mana-mana warga asing yang sudah diharamkan memasuki negara ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata jumlah nilai keseluruhan sitaan daripada sindiket berkenaan ialah RM25.5 juta merangkumi wang tunai, kereta dan 34 jam tangan mewah pelbagai jenama serta rumah .

Beliau berkata SPRM juga menyita pelbagai peralatan elektronik dipercayai digunakan untuk memproses PLKS palsu.

Ditanya sama ada pihaknya akan membuat penahanan baharu berhubung  sindiket ini, Azam berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan namun ia berdasarkan petunjuk baharu dalam siasatan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, Imigresen, PLKS, SPRM, tgk, twk

Editorial

  • Bagasi hitam, merah ditarik keluar dari aras pejabat Hasanah
  • Harga petrol RON95 dan diesel kekal, RON97 naik dua sen

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.