Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Industri kebudayaan dan kesenian rugi RM85 juta akibat pandemik COVID-19
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Industri kebudayaan dan kesenian rugi RM85 juta akibat pandemik COVID-19

 

PUTRAJAYA, 7 April  — Penggiat industri kebudayaan dan kesenian kerugian kira-kira RM85 juta dalam tempoh setahun akibat pandemik COVID-19, demikian menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Berikutan perkembangan itu, beliau melihat pentingnya keperluan untuk memulihkan semula badan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan bagi membolehkan sektor yang berkaitan seni, budaya dan warisan bergerak aktif walaupun dalam situasi serba mencabar masa kini.

Nancy dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sebanyak RM2.21 juta diperuntukkan kepada 217 NGO pada tahun lepas bagi menyemarakkan industri seni, budaya dan warisan.

Daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu, RM1.63 juta adalah untuk 30 permohonan bantuan kegiatan persatuan, manakala RM582,500 disalurkan kepada 187 persatuan yang terkesan akibat pandemik COVID-19, katanya.

Bagi membolehkan NGO kebudayaan bergerak aktif semula dalam situasi mencabar ketika ini, Nancy memaklumkan bahawa sesi libat urus diadakan secara berperingkat bagi memberi peluang kepada NGO dan MOTAC berkongsi pendapat serta bertukar pandangan.

Dalam sesi libat urus yang telah diadakan antara NGO berkaitan yang hadir adalah Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur, Persatuan Seni dan Teater Selangor, Persatuan Pemuzik Malaysia dan Persatuan Karyawan Malaysia.

Berkongsi mengenai cadangan yang disuarakan sektor seni persembahan yang mahu lebih penonton fizikal iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kapasiti, Nancy berkata keperluan itu bergantung kepada situasi COVID-19 dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti persembahan.

“MOTAC dari semasa ke semasa menyediakan SOP bagi membolehkan pembukaan semula sektor-sektor kebudayaan, namun keputusannya adalah tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” kata Nancy.

Mengenai cadangan wakil industri muzik agar dana disuntik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan MOTAC supaya persembahan muzik di hotel diaktifkan semula, beliau berkata perkara tersebut akan diteliti sebelum diusulkan kepada KKMM.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, tgk, twk

Editorial

  • Real Madrid aibkan Liverpool dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara
  • Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar seperti rakaman audio

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.