Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Industri kitar semula mampu jana kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April — Tanpa sektor kitar semula, Malaysia tidak akan dapat berkembang menjadi ekonomi yang mampan dan mewujudkan nilai baharu yang memanfaatkan masyarakat dan alam sekitar, kata Persatuan Pengilang Plastik Malaysia dan Persatuan Kitar Semula Plastik Malaysia.

Kedua-dua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama berkata adalah penting untuk Malaysia melabur bagi membangunkan ekonomi pusingan agar dapat melupuskan sisa buangan dan pencemaran.

Menyulit dan memencilkan industri kitar semula plastik yang sah hanya akan menyebabkan salah tanggapan yang kemudiannya akan menjejaskan perniagaan yang diperakui termasuk merosakkan mata pencarian mereka yang mematuhi undang-undang dan bekerja keras.

Persatuan merasakan sebarang larangan secara menyeluruh hanya akan melambatkan dan menghalang pembangunan ekonomi pusingan serta kelestarian di Malaysia.

Katanya, pengeluar multinational dan domestik Malaysia menghadapi sasaran kemampanan yang agak sukar dalam pasaran eksport, yang mana pengguna dan kerajaan mereka mengutamakan ekonomi pusingan.

Industri kitar semula yang sah mampu menyokong ekonomi Malaysia dengan menyediakan plastik kitar semula sebagai bahan mentah kepada sektor elektrik dan elektronik, automotif, perabot, makanan serta pembinaan.

Selain itu, kedua-dua persatuan menyatakan bahawa Konvensyen Basel yang dipinda, yang berkuatkuasa pada 1 Jan 2021, kini mengawal selia pergerakan sisa plastik merangkumi eksport ke import.

“Plastik Sampah tidak lagi boleh dihantar dari negara pengeksport tanpa persetujuan bertulis daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan sedang menyelaras tindakan mereka untuk mencegah kemasukan sisa plastik di bawah peraturan baharu itu termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan pihak berkuasa pelabuhan.

JAS juga sentiasa dimaklumkan mengenai import bahan sisa plastik yang bersih dan homogen yang diimport dengan betul oleh pengitar semula yang sah.

”Malah kami telah menerima pengenaan levi RM20 satu tan bagi membantu kos penguatkuasaan termasuk pemeriksaan pelabuhan kontena. Levi ini adalah tambahan kepada 18 peraturan baharu yang perlu kami patuhi,” tambah mereka.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • Peruntukan lebih RM18 juta bantu wanita, OKU kendali perniagaan
  • Persepsi dana wakaf hanya untuk manfaat orang Islam harus diperbetul

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.