Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Ekonomi
  • »
  • Industri kreatif berpotensi jana pendapatan rakyat – Noraini
  • »
  • BERNAMA, Ekonomi
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Industri kreatif berpotensi jana pendapatan rakyat – Noraini

 

KUALA LUMPUR, 8 April — Industri kreatif di Malaysia mempunyai ruang dan potensi untuk menjana pendapatan rakyat di samping berupaya menjadikan ekonomi negara lebih dinamik, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor industri kreatif menyumbangkan kira-kira RM29.4 bilion pada tahun 2019 kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Malah, pada tahun yang sama, industri ini turut memberikan peluang pekerjaan kepada 859,900 individu di seluruh negara.

“Secara purata, industri kreatif di negara-negara maju menyumbang antara satu hingga lima peratus kepada KDNK mereka,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dengan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran ‘Writers Club’ dan prapelancaran dua buku terbitan baharu Pusat Penerbit UPM sempena Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021, yang berlangsung pada 7 hingga 9 April.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM Prof Datuk Dr Zulkifli Idrus.

Noraini berkata dalam Dasar Industri Kreatif Nasional, industri kreatif merujuk kepada penghasilan bakat individu atau berkumpulan berasaskan kreativiti, inovasi dan teknologi yang menjurus kepada sumber keberhasilan ekonomi dan pendapatan tinggi kepada negara.

Beliau juga berkata penulis dan penerbit perlu berani menongkah cabaran dengan menampilkan idea-idea kreatif dan inovatif untuk memajukan arena penerbitan penulisan kreatif negara.

Katanya, pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia merupakan peluang yang harus dimanfaatkan sebaiknya dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia sebagai generasi Malaysia yang berilmu.

“Usaha untuk memperkasakan industri kreatif dan industri buku di negara ini perlulah seiring dengan hasrat untuk membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan berdaya saing.

“Perkara ini boleh dicapai menerusi budaya berkongsi pengetahuan, menulis dan membaca,” katanya.

Dalam pada itu, Noraini berkata persidangan berkenaan bertepatan dengan tumpuan program Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 yang menekankan kepada empat tema, iaitu membaca dalam semua bentuk; pembangunan infrastruktur industri buku; keterangkuman dan akses digital; serta pemberdayaan kanak-kanak melalui aktiviti membaca.

“Ketika kita sedang berusaha meningkatkan kadar literasi negara dan dalam keadaan dunia digital lebih dominan, pastinya upaya ke arah melengkapkan selekoh terakhir Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 lebih mencabar.

“Ia menuntut daya kreativiti serta inovasi yang tinggi, kritikal kepada kita untuk merangka strategi bagi memastikan kedua-dua medium penyampaian ilmu sama ada yang bercetak atau digital, dapat meningkatkan lagi kadar literasi dan memperkaya ilmu pengetahuan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata usaha ini wajar dilaksanakan secara berterusan, melibatkan pelbagai peringkat umur dan pendidikan kerana budaya cintakan ilmu itu adalah perkara yang perlu dilestarikan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • KDN lancar Sistem Imigresen Bersepadu Nasional ganti myIMMs – Hamzah
  • Kios boleh lipat pertama di Perak bantu peniaga kecil ketika COVID-19

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.