
HOUSTON, 9 April — Seorang maut manakala lima yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis petang, lapor Xinhua, memetik polis tempatan.
Polis berkata kejadian berlaku di sebuah kompleks industri kira-kira 2.30 petang (1930 GMT) di bandar Bryan, Texas, Bryan. Empat daripada lima mangsa yang cedera dilaporkan parah.
Seorang lagi mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai anggota Pasukan Keselamatan Awam (DPS) Texas yang ditembak semasa memburu suspek.
Menurut Texas DPS, keadaan pegawai itu serius tetapi stabil.
Ketua Polis Bryan Eric Buske memberitahu wartawan suspek lelaki itu dipercayai pekerja di sebuah kedai membuat kabinet di komples industri berkenaan.
Menurut polis, lelaki itu ditahan di Bedias, sebuah komuniti kecil di Bryan. Motif kejadian masih disiasat.
Bryan terletak kira-kira 160 kilometer barat laut Houston, Texas.
Sumber : BERNAMA
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *