Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWBF) melalui Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang meminta kejohanan itu ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19.
“Diharapkan semua pihak yang terlibat dalam proses merancang dan melaksana kejohanan ini terus melakukan persiapan dalam bidang tugas masing-masing dengan sebaik mungkin,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MWA hari ini.
Kejohanan berkenaan di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra sebelum ini dijadualkan pada 24 Mac hingga 30 Julai 2020 namun ditangguhkan ke tarikh yang sama pada tahun ini.
Sumber : BERNAMA