Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Jaringan telekomunikasi, COVID-19 punca bancian Sabah masih rendah
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Jaringan telekomunikasi, COVID-19 punca bancian Sabah masih rendah

 

KOTA KINABALU, 7 April  — Jaringan telekomunikasi dan penularan COVID-19 merupakan antara sebab utama peratusan penduduk Sabah yang dibanci masih rendah berbanding negeri lain di Semenanjung, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata hanya 20 peratus daripada lebih 3.9 juta penduduk Sabah telah dibanci hingga Isnin lepas berbanding Johor pada 61.8 peratus, Perak (58.5 peratus) dan Kelantan (55 peratus), malah katanya Putrajaya hingga kini mencapai 99.4 peratus penduduk telah dibanci.

“Angka itu (20 peratus) tidak bermaksud pembanci tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya, saya faham pembanci mempunyai kekangan yang tinggi…kita (Sabah) menghadapi masalah infrastruktur dan jaringan telekomunikasi menyebabkan respons (bancian) penduduk dalam talian amat rendah.

“Ditambah dengan insiden COVID-19 sejak tahun lepas kita hadapi kekangan…namun saya percaya jumlah tersebut akan berjaya ditingkatkan apabila Banci Bersemuka mula dilaksanakan bila kes COVID-19 reda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Malaysia Prihatin: Sesi Libat Urus Bersama Pembanci di Borneo di sini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Banci Malaysia 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang juga Ketua Perangkawan Malaysia.

Ditanya apakah kepentingan proses banci itu dalam usaha menambah baik infrastruktur untuk penduduk di Sabah, Arthur berkata melalui data dikumpul dalam Banci Malaysia 2020 yang dijalankan hingga 30 Jun ini, perancangan keperluan negara dan negeri dapat dibuat sebaiknya bagi memenuhi keperluan rakyat.

“Dalam proses (banci) kita boleh mendapatkan justifikasi tentang keperluan pembangunan seperti sekolah dan sebagainya, dan dalam membuat perancangan mengenai sesuatu pembangunan kerajaan memerlukan data, banci inilah yang akan membantu kerajaan,” katanya.

Beliau berkata apa yang menarik untuk Sabah, sebanyak 163 etnik telah diletakkan dalam proses Banci Malaysia 2020 antaranya Samar Layun, Tagalog dan Biasaya berbanding 17 etnik pada Banci 2010.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperlihatkan bahawa tiada golongan yang terciri daripada arus pembangunan negara,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: COVID, fbk, tgk, twk

Editorial

  • Finas mahu tindakan bersepadu banteras kegiatan cetak rompak – Norman
  • Peneroka Ladang Tennamaram minta kerajaan negeri selesaikan isu pajakan tanah

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.