Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • JHEAIK kenal pasti 71 ‘port’ kaki ponteng puasa di Kedah
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

JHEAIK kenal pasti 71 ‘port’ kaki ponteng puasa di Kedah

ALOR SETAR, 11 April — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK)  mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ‘ponteng puasa’ pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad berkata sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan melakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga yang terlibat.

“Kebiasaannya, orang yang menjalankan perniagaan semasa bulan puasa ini adalah orang yang sama setiap tahun dan mungkin sudah menjadi tabiat mereka setiap kali menjelang Ramadan (menjual makanan dan minuman kepada individu yang tidak berpuasa).

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAIK akan memantau kegiatan di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi golongan tidak berpuasa dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang di sini hari ini.

Beliau berkata pemantauan turut dibuat ke atas premis makanan milik orang bukan Islam kerana ada peniaga Islam yang dikesan meletakkan makanan dan minuman untuk dijual kepada mereka yang tidak berpuasa di situ bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

Najmi berkata bagi peniaga makanan yang beroperasi pada waktu tidak munasabah sepanjang Ramadan ini, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

“Waktu munasabah untuk menjual makanan pada bulan puasa adalah bermula 3 atau 4 petang dan kalau ada kedai yang menjual nasi campur pukul 10 pagi, itu memang tidak logik sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam di negeri ini supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian dan berharap masyarakat dapat menyalurkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan perkara berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Sementara itu di IPOH, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesan sekurang-kurangnya tiga lokasi utama “geng plastik hitam” di bandar raya ini yang bakal digunakan sesetengah pihak untuk memonteng puasa sewaktu bulan Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini .

Pengarah JAIPk Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan penglibatan 100 orang penguat kuasa untuk menyerbu lokasi berkenaan sekali gus menahan sesetengah pihak yang memonteng puasa dengan pelbagai alasan yang diberikan.

“Kadang-kadang individu geng plastik hitam ini akan memberi alasan kononnya membeli makanan untuk orang lain, keuzuran atau menjaga mak yang sakit (sebelum curi-curi makan).

Kebiasaannya, kita akan menasihatkan mereka terlebih dahulu kerana alasan yang paling popular digunakan ialah lapar dan ketagih rokok. Namun demikian, tindakan yang lebih tegas akan diambil sekiranya mereka ditahan kerana ponteng puasa,” katanya selepas menyampaikan pakaian seragam sekolah kepada 100 murid dari keluarga B40 dalam satu program hari ini.

Menurutnya, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh ditahan dan dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika didapati bersalah makan dan minum di khalayak ramai sepanjang Ramadan nanti.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: ramadan, tgk

Editorial2

  • Perkeso buat bayaran faedah lebih RM19 bilion sejak lima tahun lepas
  • Penemuan telaga minyak bakal pacu pembangunan Mukah — Abang Johari

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.