Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Jia Jie, Ling Ching rangkul gelaran perseorangan PLJ 2020
  • »
  • Berita
  • April 3, 2021April 3, 2021
  • 0

Jia Jie, Ling Ching rangkul gelaran perseorangan PLJ 2020

KAMPAR, 3 April  — Pemain Ampang Jaya BC, Tan Jia Jie  menghampiri impiannya untuk menyarung jersi kebangsaan setelah merangkul kejuaraan Bawah 18 tahun Kejohanan Badminton Purple League Junior 2020 (PLJ) di Arena Sukan Sixbase di sini, hari ini.

Sumber Foto : BERNAMA

Kejayaan pemain berasal dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, itu berjaya dilakar selepas menewaskan Muhammad Ariffin Nazri Md Zakaria dari Cheras BC 11-9, 10-11, 11-9, 11-8.

Jia Jie berkata, beliau amat gembira dengan kejayaan tersebut kerana ia membuka peluang kepada dirinya untuk menyertai kem latihan intensif kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya sepatutnya boleh beraksi dengan lebih baik di final tetapi lawan juga seorang pemain yang baik dan dia telah memberi saingan yang sengit kepada saya namun saya berjaya mengekalkan rentak untuk meraih kemenangan pada akhirnya.

“Saya berasa tidak sabar untuk menyertai latihan intensif bersama BAM selain belajar daripada pemain-pemain handalan seperti Lee Zii Jia. Saya berharap dapat meningkatkan prestasi di sana nanti,” katanya.

Kejayaan dalam acara itu juga melayakkan Jia Jie meraih RM1,000 serta pingat.

Sementara itu, dalam kategori wanita Bawah 18 tahun, pemain bukan pilihan Wong Ling Ching dari Butterworth BC meraih gelaran setelah mengalahkan  pilihan kedua Tan Yan Yi dari Serdang BC 11-3, 11-2, 11-4.

Ling Ching juga mencatat kemenangan kedua peribadi setelah bergandingan dengan Teoh Le Xuan untuk memenangi acara beregu wanita selepas menewaskan pasangan Bayan Lepas BC, Amanda Yap Hwa Leng-Tan Xin Zon 11-5, 11-9, 11-7.

Sumber Foto : BERNAMA

Dengan kejuaraan yang diraih, Ling Ching berjaya membawa pulang RM1,000 dan pingat dalam acara perseorangan selain berkongsi RM1,500 dengan pasangan beregunya Le Xuan d isamping layak menyertai kem latihan intensif BAM.

Ling Ching berkata, beliau berasa amat berpuas hati dan gembira selepas mencapai sasaran peribadi untuk menjuarai kedua-dua acara berkenaan.

“Saya bermain dengan baik pada kejohanan ini selepas tidak lama tidak bertanding dalam kejohanan disebabkan COVID-19,” katanya.

 Sumber : BERNAMA
Tags: Badminton, BAM, fbk, PLJ, Sukan, twk

admin

  • Sangkar Ikan Pecah : RM 7 Juta Kerugian Akibat Khianat
  • Daripada anggota bomba kepada pemberi francais burger

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.