Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Video promosi judi, sindiket bukan ahli FDAM
  • »
  • BERNAMA
  • April 19, 2021April 19, 2021
  • 0

Video promosi judi, sindiket bukan ahli FDAM

KUALA LUMPUR, 18 April — Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak menemukan nama sindiket yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian dalam rekod keahlian FDAM.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.

Beliau berpandangan insiden video itu juga telah memalitkan onar kepada karyawan filem terdiri daripada pengarah, kru produksi dan pelakon yang sentiasa menjaga integriti sebagai penggiat industri kreatif.

“FDAM menyelar pihak bertanggungjawab yang sanggup mencemar kesucian Ramadan dan Syawal serta mengguris perasaan umat Islam dengan penerbitan video itu,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad menjelaskan sebagai persatuan yang mengawal selia aktiviti pengarahan dan integriti pengarah, FDAM sentiasa memastikan ahlinya mematuhi etika seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

Katanya, sesiapa yang didapati melanggar etika akan dipanggil oleh Jawatankuasa Tatatertib FDAM untuk diambil tindakan.

Beliau juga berharap semua karyawan agar sentiasa mematuhi perlembagaan persatuan masing-masing dan undang-undang negara selain meminta setiap pemimpin persatuan untuk memantau ahlinya agar nama baik persatuan dan industri perfileman Malaysia sentiasa terpelihara.

Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu termasuk penerbit dan pelakon bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Industri PKS disaran mohon pakej bantuan kerajaan dengan segera
  • Kerajaan laksana projek perumahan guna Teknologi Binaan Kenaf bernilai RM6 bilion

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.