Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Jurnal Fiqh Askari bakal diterbitkan, panduan untuk anggota tentera
  • »
  • BERNAMA
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

Jurnal Fiqh Askari bakal diterbitkan, panduan untuk anggota tentera

PORT DICKSON, 12 April — Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) akan menerbitkan sebuah jurnal Fiqh Askari bagi mengupas 40 isu pengetahuan hukum dalam Islam ketika penugasan dan pengoperasian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tahun depan.

Ketua Pengarah Mej Jen Datuk Nawawi Daud berkata antara isunya adalah ibadah solat dalam pengoperasian, ibadah solat semasa pengoperasian penerjunan dan ibadah solat dalam kapal selam yang perlu dilaksanakan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kami akan mengadakan beberapa seminar untuk kupas 40 isu terbabit….melalui seminar berkenaan kami akan rumus dan rakam dalam bentuk jurnal yang boleh dijadikan rujukan kepada semua anggota. Perkara ini dilakukan bagi memudahkan anggota tentera menunaikan ibadah sewaktu penugasan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Fiqh Askari sesi 1/2021 di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi.

Dalam pada itu, Nawawi berkata kerjasama dengan beberapa ulama serta mufti akan dibincangkan sebelum buku itu diterbitkan dan diedarkan kepada warga tentera.

Terdahulu, Affendi merasmikan Dewan Tan Sri Hamid yang sebelum ini dikenali sebagai Dewan Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) dekat sini.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Sultan Mizan seru umat Islam perkukuh perpaduan
  • Kerajaan fokus jual minyak sawit ke Asia Timur, Timur Tengah

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.