Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Jutawan dunia semakin kaya waktu pandemik
  • »
  • BERNAMA
  • April 7, 2021April 7, 2021
  • 0

Jutawan dunia semakin kaya waktu pandemik

 

MOSCOW, April 7 — Golongan kaya menyaksikan kekayaan mereka menokok sehingga 60 peratus ketika dunia bergelut wabak selain 660 orang kini bergelar jutawan, catatan tertinggi ketika ini, menurut Senarai Jutawan Dunia 2021 Forbes, lapor Sputnik.

Secara keseluruhan, seramai 2,755 orang berjaya menempatkan diri ke senarai itu, juga suatu rekod baharu. Mereka yang baharu tersenarai termasuk 210 orang dari China dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat.

Untuk empat tahun berturut-turut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos, menduduki takhta lelaki terkaya dunia dengan mengumpul US$177 bilion keuntungan bersih.

CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, yang dianggarkan memiliki kekayaan bersih US$151 bilion, melonjak daripada tangga ke 31 ke tempat kedua. Jutawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault, kekal di tempat ketiga.

Bill Gates, pengasas Microsoft pula di tangga keempat dengan US$124 bilion.

Sementara itu, pemegang saham utama dan pengerusi syarikat perlombongan Severstal, Alexey Mordashov (US$29.1 bilion), buat pertama kali berada di  tangga teratas jutawan Rusia.

Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov, buat pertama kali muncul dalam senarai 10 terkaya Rusia, selepas mengumpul US$17.2 bilion tahun lalu, berbanding US$13.8 bilion tahun sebelumnya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Tapir jantan ditemukan mati dipercayai dilanggar kenderaan
  • OKU digesa daftar dengan JKM untuk disertakan dalam Program Imunisasi COVID-19

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.