Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kadar Zakat Fitrah minimum RM7 di Terengganu
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

Kadar Zakat Fitrah minimum RM7 di Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 7 April  — Kadar zakat fitrah di Terengganu tahun ini ditetapkan pada kadar tidak kurang daripada RM7 seorang sebagaimana diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Osman Muda berkata kadar itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred Super Tempatan 5 peratus hancur di pasaran.

“Bagi individu yang memakan beras Super Import pula, kadar fitrah ditetapkan adalah senilai dengan 2.6 kilogram atau 2.97 cupak yang bersamaan satu gantang Baghdad.

“Maidam tidak menerima bayaran fitrah dengan beras sebaliknya bayaran fitrah hanya boleh dibuat secara wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Osman berkata  selain masjid dan surau berdekatan, bayaran zakat fitrah boleh dilakukan mulai 1 Ramadan di semua kaunter zakat Maidam pada hari bekerja biasa bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

“Bagi memberi kemudahan kepada orang ramai, kaunter bayaran zakat Maidam termasuk kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu dan kaunter zakat pandu lalu dibuka setiap hari mulai 25 April ini hingga 12 Mei depan.

“Operasi kaunter zakat di UTC pula akan dilanjutkan sehingga jam 9.30 malam sepanjang tempoh tersebut kecuali hari Jumaat dan Sabtu,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, Maidam melantik seramai 1,090 amil yang akan menjalankan pungutan fitrah serta zakat harta di setiap masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“Pembayar hendaklah memastikan mereka menerima resit rasmi Maidam daripada amil berkenaan,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk, Zakat

Editorial

  • Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion — MITI
  • MPC, Futurise bekerjasama bantu perlaksanaan peraturan MyDIGITAL

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.