Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • ‘Kafe Kindness Kitchen’ tawar makanan percuma untuk golongan tidak mampu
  • »
  • BERNAMA
  • April 17, 2021April 17, 2021
  • 0

‘Kafe Kindness Kitchen’ tawar makanan percuma untuk golongan tidak mampu

ALOR SETAR, 17 April — Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kindness Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan ‘Kafe Kindness Kitchen’ untuk golongan tidak berkemampuan menikmati hidangan makanan secara percuma di kafe.

Pengerusinya, Mohd Azrul Mohd Razak berkata golongan asnaf seperti fakir dan miskin selain gelandangan, anak yatim serta orang kurang upaya (OKU) boleh mengunjungi kafe itu di Jalan Sultanah di sini yang buat permulaan beroperasi setiap Sabtu sahaja.

“Kafe beroperasi dari pukul 7 hingga 9 malam dalam bulan Ramadan ini manakala pada hari biasa ia akan beroperasi dari pukul 8 hingga 11 malam. Sepanjang Ramadan ini, kita sasarkan lebih 300 asnaf akan mendapat manfaat daripada projek ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Azrul berkata kafe yang dilancarkan pada Selasa lepas itu terhasil selepas soal selidik dijalankan terhadap golongan asnaf yang kebanyakan mereka tidak pernah atau jarang dapat makan di luar kerana kos tinggi terutamanya yang mempunyai ahli keluarga ramai.

“Mereka boleh datang makan di kafe ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Seramai 25 sukarelawan akan bertugas secara giliran termasuk memasak makanan seperti masakan panas, masakan barat, kuih-muih dan minuman,” katanya.

Beliau berkata pihaknya memperuntukkan kira-kira RM300 untuk setiap kali tajaan berbuka puasa kepada 25 hingga 30 asnaf dalam satu masa.

Katanya, proses untuk menyiapkan kafe itu termasuk pengubahsuaian yang mengambil masa hampir tiga bulan yang dimulakan pada Januari lepas dan menelan belanja keseluruhan berjumlah RM3,000.

Mohd Azrul berkata pihaknya merancang untuk membuka kafe berkenaan enam hari seminggu namun ketika ini tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan sukarelawan untuk bertugas.

Sehubungan itu, sekiranya ada individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan Kindness Malaysia (Kedah), mereka boleh menghubungi talian 016-7074798 manakala sesiapa yang ingin menaja juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini boleh berbuat demikian di akaun Maybank 5520-9523-6240 (Kindness Malaysia).

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • PPAPP gamit nostalgia P. Pinang dengan koleksi nadir
  • Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.