Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kalimah Allah dilarang disamakan dengan agama bukan Islam
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 21, 2021April 21, 2021
  • 0

Kalimah Allah dilarang disamakan dengan agama bukan Islam

PORT DICKSON, 21 April  — Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.

Abdul Aziz menasihatkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat di negeri ini serta menjaga sensitiviti setiap rakyat dan agama, MAINS menyeru agar rakyat bukan Islam di negeri ini akur serta patuh kepada undang-undang sedia ada selain umat Islam hendaklah juga mematuhi fatwa yang diwartakan.

Beliau berkata sebagaimana Fatwa Negeri Sembilan yang telah diwartakan pada 14 Sept 2016, umat Islam wajib menjaga penggunaan kalimah Allah dengan cara terbaik.

“Jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita ingin jelaskan bahawa di negeri ini ada undang-undang mengenai isu ini yang digubal berasaskan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 (Enakmen No.9/1991) diluluskan di negeri ini berkuat kuasa pada 5 April 2007.

Beliau berkata enakmen tersebut menyenaraikan sebanyak 36 perkataan yang dilarang dan tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam seperti dalam Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1, termasuklah penggunaan kalimah Allah.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pulau Pinang kerjasama dengan JPN mengenai keselamatan kesihatan di sekolah
  • 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Batu Sapi pagi tadi

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.