Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung penggunaan kalimah Allah
  • »
  • Berita, BERNAMA, Masyarakat
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung penggunaan kalimah Allah

PUTRAJAYA, 15 April — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan arahan pentadbiran berhubung penggunaan kalimah Allah dalam masa terdekat, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata arahan untuk orang Islam dan bukan Islam itu akan dikeluarkan mengikut undang-undang sedia ada termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Akta sedia ada memberikan kuasa kepada menteri untuk keluarkan sesuatu arahan… ini yang kita akan lakukan dan ia (arahan) adalah berkaitan kalimah Allah.

“Arahan ini perlu dikeluarkan cepat supaya tidak ada masalah timbul kerana orang tetap akan buat penerbitan dan sebab itu kita perlu keluarkan arahan ,” katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lepas memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab iaitu Baitullah, Kaabah dan solat, dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia pada 15 Mac memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Hamzah berkata arahan yang akan dikeluarkan itu akan memberikan kefahaman secara jelas kepada semua pihak mengenai penggunaan kalimah Allah.

“Kita perlu lihat penggunaan kalimah Allah itu di mana dan tempat mana… kefahaman mengenainya perlu diberikan, contohnya penggunaan kalimah Allah tidak melanggar (undang-undang) jika ia untuk beri kepastian dan pemahaman,” katanya.

Beliau berkara perbincangan khusus telah diadakan dengan wakil agama Islam dan agama lain mengenai isu penggunaan kalimah Allah itu dan tindakan yang boleh dibuat mengikut undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, arahan yang akan dikeluarkan ini akan mengambil kira Perlembagaan dan berkait rapat dengan undang-undang peringkat negeri masing-masing,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • 23 pegawai kanan PDRM tukar jawatan
  • Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.