Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Masyarakat
  • »
  • Kelantan peruntuk RM1.5 juta bantu peniaga terkesan pembatalan bazar Ramadan
  • »
  • BERNAMA, Masyarakat
  • April 13, 2021April 13, 2021
  • 0

Kelantan peruntuk RM1.5 juta bantu peniaga terkesan pembatalan bazar Ramadan

KOTA BHARU, 13 April — Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM1.5 juta sebagai sumbangan kepada peniaga yang terkesan berikutan pembatalan pengoperasian bazar Ramadan di seluruh negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata peruntukan itu melibatkan 2,500 peniaga yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam satu perbincangan pagi tadi.

“Kita berharap sagu hati ini dapat meringankan bebanan sesetengah peniaga yang terjejas oleh keputusan itu, bagi peniaga yang sudah membeli bahan mentah mahupun kering boleh berniaga di tempat-tempat lain,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Izani berkata bayaran sewaan tapak bazar Ramadan juga akan dikembalikan kepada para peniaga yang sudah membuat bayaran.

Ditanya sama ada bazar akan dibuka semula sekiranya keadaan kembali terkawal, beliau berkata bazar tidak akan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

“Walaupun kita gembira semalam berlaku penurunan kes COVID-19 di Kelantan, disebabkan COVID-19 ini berada dalam komuniti maka kita menjangkakan wabak itu akan terus meningkat.

“Apa yang membimbangkan saya ialah (jika) PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) bertukar kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di Kelantan,” tambahnya sambil menggesa seluruh penduduk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung penularan COVID-19.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Persepsi dana wakaf hanya untuk manfaat orang Islam harus diperbetul
  • Pembinaan Kompleks Silat Negara perlu diteruskan – Presiden Pesaka

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.