Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini – Mustapa
  • »
  • Berita, Pendidikan
  • April 3, 2021April 3, 2021
  • 1

Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini – Mustapa

JEMPOL, 3 April — Kerajaan menjangkakan gaji permulaan bagi siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini berikutan ekonomi dilihat semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19 sehingga memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan global.

“Tahun lepas kita mengalami kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah dalam beberapa suku, jadi permintaan (peluang kerja) itu rendah dan sudah pasti para siswazah sanggup untuk menerima gaji lebih rendah daripada biasa.

Sumber Foto : Berita Harian

“Kita nak rakyat Malaysia menikmati upah gaji yang lebih tinggi, menjadi satu masalah apabila gaji permulaan siswazah tidak meningkat dah 10 ke 20 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek tanaman halia muda di Felda Raja Muda Alias 1 di sini, hari ini.

Justeru, katanya, menjadi hasrat kerajaan untuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti sekali gus para siswazah yang baru mula bekerja akan  menikmati gaji yang lebih tinggi.

Dua hari lepas, portal tempatan melaporkan Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata majoriti siswazah memasuki pasaran pekerjaan tahun lepas menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada tahun 2019.

Mohd Uzir berkata jumlah lulusan universiti yang memasuki alam pekerjaan tahun lepas juga merosot, begitu juga kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan siswazah muda.

Sementara itu, Mustapa berkata sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi projek penanaman halia muda di wilayah Felda Raja Alias, daripada RM100 juta yang diperuntukkan kerajaan melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tahun ini.

Projek yang mendapat kerjasama Agrobank itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga peneroka sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import halia muda dari negara luar termasuk China.

“Kita import halia muda bernilai RM200 juta setahun dari negara luar.. jadi selari dengan hasrat kerajaan untuk kurangkan import dan tambah jaminan bekalan makanan, kami galakkan petani untuk hasilkan tanaman halia yang mempunyai potensi cukup baik dalam pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini sebanyak 132 projek telah diluluskan Felda melalui PPP dengan 63 projek diusahakan individu manakala 69 lagi oleh koperasi.

 Sumber : BERNAMA
Tags: COVID, fbk, Gaji, Mahasiswa, Siswazah, twk, Universiti

Editorial

  • COVID-19: Gaji lebih rendah, majikan kekurangan aliran kewangan
  • Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin COVID AstraZeneca

Jemput baca

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

SEKOLA BAROKAH, JB – MERESPON

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

One Comment

  1. Program Ladang Kontrak: MAFI sasar jualan RM60 juta tahun ini

    April 3, 2021 at 8:34 am
    Reply

    […] Sumber : BERNAMA […]

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.