Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Alam Sekitar
  • »
  • Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri
  • »
  • Alam Sekitar, BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri

MELAKA, 9 April — Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyarankan agar setiap kerajaan negeri mewujudkan Loji Rawatan Kumbahan Serantau di zon industri masing-masing dalam usaha mengawal pembuangan sisa kumbahan industri secara lebih teratur dan selamat.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata loji berkenaan akan berfungsi sebagai sistem pembetungan berpusat atau bersepadu untuk rawatan sebelum ia disalurkan ke sungai atau kawasan pembuangan sisa kumbahan industri yang telah ditetapkan.

“Kami di peringkat KASA sedang merangka untuk mewujudkan satu sistem supaya sisa industri kita dirawat sebelum dibuang dan satu daripadanya menerusi pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau.

“Justeru kami harap negeri-negeri yang dalam perancangan untuk melaksanakan zon kawasan industri terus mengambil mekanisme ini dalam pelan pembangunan kawasan industri mereka dan inisiatif ini akan memudahkan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekali gus membantu kami mengawal pencemaran dari hanya satu sumber sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Melaka Bumi Lestari Sempena Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi peringkat negeri Melaka yang turut dihadiri Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Idris Haron.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk membantu kementeriannya menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim hanya sekadar retorik politik untuk mencari publisiti.

Beliau berkata di peringkat KASA, pelbagai program dilaksanakan untuk menangani atau memantau isu berkaitan perubahan iklim atau pencemaran yang berlaku di negari ini.

“Jika beliau (Lim) ingin membantu, beliau perlu menyelesaikan beberapa isu alam sekitar di Pulau Pinang terlebih dahulu seperti pencemaran Sungai Kereh ekoran aktiviti penternakan babi selain pelepasan karbon di kawasan kilang di negeri itu.

“Di peringkat KASA, kami ada tanggungjawab dan kami ada program yang kami laksanakan… banyak benda yang kami lihat secara keseluruhan,” katanya.

Semalam, Lim dilaporkan berkata DAP bersedia membantu dan memberi sumbangan, terutama melalui bekas Menteri Pakatan Harapan Yeo Bee Yin yang mendapat pengiktirafan antarabangsa atas usahanya bertindak dalam isu alam sekitar dan perubahan iklim.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial2

  • KPDNHEP N. Sembilan rampas 2,625 pakaian berjenama tiruan
  • Saingan acara pecut GP Malaysia hilang seri

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.