Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kerajaan perhalusi SOP melancong ke luar negeri
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Kerajaan perhalusi SOP melancong ke luar negeri

 

KUALA LUMPUR, 9 April  — Kerajaan sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri melalui perkhidmatan syarikat pengendali pelancongan berlesen termasuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), dalam kenyataan hari ini, berkata draf SOP itu telah melalui beberapa siri perbincangan bersama para penggiat industri dan dibentangkan kepada pelbagai kementerian peneraju dan agensi kerajaan untuk ditambah baik.

Menurut kenyataan itu, MOTAC menyertai delegasi Malaysia ke Arab Saudi bagi lawatan kerja rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bermula hari ini hingga 18 April 2021 berkaitan haji dan umrah.

“ Kerajaan Arab Saudi telah memperkenalkan dasar-dasar baharu dan mengenakan SOP yang ketat selaras dengan pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara tersebut termasuk membenarkan semula aktiviti umrah kepada umat Islam selain warganegara Arab Saudi pada 1 Nov 2020.

“ Selaku kementerian yang mengawal selia pengendalian pakej umrah atau ziarah, lawatan kerja ini penting bagi melihat aspek SOP bagi kedua-dua negara, hal-hal kebajikan jemaah Malaysia semasa mengerjakan umrah dan cadangan kelonggaran untuk dipertimbangkan kerajaan Arab Saudi kepada para penggiat industri umrah Malaysia yang terkesan disebabkan wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOTAC, hasil lawatan kerja ke Arab Saudi ini diharap akan memperkemas cadangan kementerian kepada kerajaan berhubung membenarkan rakyat Malaysia kembali melancong ke luar negeri termasuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah.

Katanya, sehingga ketetapan baharu oleh kerajaan dibuat, perjalanan ke luar negeri bagi tujuan tidak penting seperti aktiviti pelancongan, mengerjakan ibadah umrah dan ziarah adalah dilarang.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Naza Eastern Motors lancar Suzuki Swift Sport
  • BookDoc sasar tingkat kesedaran gaya hidup sihat melalui kerjasama dengan empat NGO

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.