Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kerajaan sentiasa peka terhadap kebimbangan komuniti perniagaan — Nanta
  • »
  • BERNAMA
  • April 12, 2021April 12, 2021
  • 0

Kerajaan sentiasa peka terhadap kebimbangan komuniti perniagaan — Nanta

KLANG, 11 April  — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa kebimbangan komuniti perniagaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan yang jelas dipaparkan menerusi keputusan yang telah serta bakal diambil.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan juga bersedia mendengar isu membabitkan masyarakat itu, terutama berkaitan usaha pembukaan semula ekonomi susulan pandemik COVID-19.

“Saya secara peribadi, menghargai usaha komuniti perniagaan yang berperanan aktif dan bekerjasama dengan kementerian untuk membentuk jawatankuasa menasihati kerajaan dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) sektor runcit selain menyediakan sumber dan tenaga kerja bagi memastikan pematuhannya.

“Kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakannya secara berkesan tanpa penglibatan komuniti perniagaan,” katanya ketika berucap pada majlis Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) di sini, pada malam Ahad.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan sebarang saranan dan kritikan membina daripada pihak perniagaan membabitkan impak pandemik itu dan yang berkaitan dengan perdagangan domestik.

“KPDNHEP menyedari keperluan untuk mencari keseimbangan dalam menangani kebimbangan mengenai kesejahteraan rakyat serta perniagaan. Malah, jika tidak ditangani secara berkesan, ini boleh menjejaskan ekonomi, menyebabkan rakyat kehilangan kerja dan syarikat terpaksa ditutup,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • 40 masjid sekitar Parlimen Indera Mahkota terima sumbangan Ramadan
  • Pasar Seni ‘resah’ menanti kehadiran pengunjung

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.