Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kerajaan laksana projek perumahan guna Teknologi Binaan Kenaf bernilai RM6 bilion
  • »
  • BERNAMA
  • April 19, 2021April 19, 2021
  • 0

Kerajaan laksana projek perumahan guna Teknologi Binaan Kenaf bernilai RM6 bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 April — Satu projek perumahan jangka panjang bernilai RM6 bilion menggunakan teknologi binaan kenaf (KBS) akan dilaksanakan dalam usaha kerajaan untuk memperkenalkan teknologi itu di seluruh negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata projek kerjasama antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dan beberapa agensi lain itu, dianggarkan memerlukan dua juta tan kenaf dan keluasan tanaman 20,000 hektar dalam tempoh 10 tahun.

“Ia (projek ini) kini dalam proses akhir perbincangan. Kita akan umumkan secara rasmi projek ini secara terperinci selepas perbincangan dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara LKTN dengan KPRJ Builders Sdn. Bhd (KBSB) di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mengkomersialkan teknologi KBS di seluruh negara memandangkan ia berpotensi untuk mempercepatkan tempoh pembinaan serta mampu menjimatkan penggunaan tenaga dan kos pembinaan antara 20 hingga 30 peratus berbanding kaedah konvensional.

Mohd Khairuddin berkata pengembangan teknologi KBS akan memberi kesan positif kepada alam sekitar yang mana tanaman kenaf menyerap 20 tan karbon dioksida (CO2) sehektar dan penggunaan bahan binaan berasaskan komoditi itu dapat menyimpan CO2 sebanyak 28 tan pada setiap rumah yang berkeluasan 1,000 kaki persegi.

“KBS merupakan bahan penebat haba yang baik, sekali gus dapat menjimatkan tenaga elektrik terutamanya bagi alat penyaman udara untuk jangka masa panjang di mana bahan utamanya adalah empulur kenaf yang bersifat ringan dan mesra alam.

“Ketahanannya sangat luar biasa. Yang penting ia mesra alam, lebih ringan, lebih menyejukkan suasana persekitaran dan lebih cepat dari sudut pengurusan pembinaan berbanding secara konvensional,” katanya.

Keluasan tanaman kenaf di seluruh negara adalah 2,000 hektar dengan tanaman terbesar adalah di Pahang dan Kelantan, manakala Johor mempunyai keluasan 20 hektar yang dibangunkan pekebun kecil persendirian.

Mengenai MoU berkenaan, LKTN dan KBSB akan melaksanakan satu projek perintis berasaskan teknologi KBS iaitu pembinaan 10 unit rumah asnaf di Mersing, masing-masing berkeluasan 660 kaki persegi dengan nilai keseluruhan RM550,000.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Video promosi judi, sindiket bukan ahli FDAM
  • Tangkap ikan dalam kawasan taman laut, 12 pemancing ditahan

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.