Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin COVID AstraZeneca
  • »
  • Berita
  • April 3, 2021April 3, 2021
  • 0

Kerajaan tidak cadang tangguh pemberian vaksin COVID AstraZeneca

BAGAN SERAI, 3 April  — Kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pemberian vaksin COVID-19 AstraZeneca walaupun terdapat laporan mengenai kesan sampingannya terhadap penerima di luar negara.

Sumber Foto : BERNAMA

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ini kerana kesan sampingan yang dilaporkan adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabkan kesan sampingan yang serius atau kematian.

“Vaksin ini sudah digunakan di beberapa negara luar dan Malaysia juga sudah bersetuju untuk menggunakannya jadi jangan percaya berita tidak benar yang mendakwa kematian disebabkan vaksin ini,” katanya.

 

“Apabila berlaku kesan sampingan, doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi rawatan dengan segera dan setakat ini penerima vaksin jenis yang lain juga mengalaminya namun dapat dirawat dengan baik.

“Jangan bimbang kerana kita mempunyai ubat yang dapat merawat alahan yang timbul seperti lenguh-lenguh, demam atau kegatalan pada badan,” katanya pada sidang media Program Gunting Rambut Kembali Ke Sekolah Parlimen Bagan Serai di Pusat GiatMara Bagan Serai di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi produk vaksin COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan untuk kegunaan semasa bencana.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dihasilkan daripada viral vektor iaitu meletakkan virus lemah dengan protein untuk merangsang tubuh manusia sama seperti vaksin lain dijangka tiba di negara ini pada Mei depan.

“Vaksin ini sudah digunakan di beberapa negara luar dan Malaysia juga sudah bersetuju untuk menggunakannya jadi jangan percaya berita tidak benar yang mendakwa kematian disebabkan vaksin ini,” katanya.

Sumber Foto : BERNAMA

Terdahulu, seramai 80 murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Bagan Serai mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma oleh pelatih lulusan GiatMara kawasan itu menjelang pembukaan semula sekolah pada Isnin ini.

Dr Noor Azmi berkata selain program tahunan itu, pihaknya turut menyalurkan bantuan pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kepada para pelajar kurang berkemampuan serta sumbangan kelengkapan sekolah bagi mengurangkan bebanan mereka lebih-lebih lagi yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Sumber : BERNAMA
Tags: COVID, fbk, PBKD, PIBG, PPV, twk, Vaksin

Editorial

  • Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini – Mustapa
  • Pembinaan MRT3 dijangka bermula separuh kedua tahun ini

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.