Oleh: Yeyen Khoo
Petang tadi beberapa orang aktivis telah di tangkap oleh pihak polis di Tawau. Ini berikutan daripada aksi demonstrasi secara aman yang mereka lakukan untuk menyampaikan suara rakyat di Kampung Muhibbahraya, Tawau, Sabah.
Kampung tersebut telah dilaksanakan PKPD sebagai langkah untuk mengelak penularan Covid-19. Namun, tindakan melaksanakan PKPD tanpa mempertimbangkan hal kebajikan (seperti keperluan asas, kewangan dan lain-lain) adalah satu hal yang tidak patut.
Permasalahan inilah yang ingin disampaikan oleh para aktivis kita kepada pihak pemerintah yang bertanggungjawab. Malangnya, suara yang dilaungkan tidak diraih, malah jasad yang turun ke lapangan menyampaikan suara kolektif dibawa ke balai oleh pihak polis.
Wajarlah kita bertanya,
Adakah hanya kerana bersuara badan binasa?
Demonstrasi yang merupakan inti penting dalam demokrasi telah ditukang oleh pihak berkepentingan mengikut nafsu mereka. Demonstrasi yang dilakukan juga mengikut SOP dengan menggunakan pelitup muka dan penjagaan jarak.
Adakah ini yang dikatakan sebagai,
“Atas nama demokra(shit) aku menindas?!”
Terus bersolidariti untuk teman-teman kita yang telah ditangkap. Menurut info, sekarang mereka sedang berada di IPD Tawau. Doakan yang terbaik!
Demokra’shit’.