Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden SUKE, rumit – Prolintas
  • »
  • Berita
  • April 3, 2021
  • 0

Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden SUKE, rumit – Prolintas

KUALA LUMPUR, 3 April — Kerja-kerja pengalihan kren gantri di tapak pembinaan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini melalui proses yang rumit.

Pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan proses pengalihan itu akan mengambil masa selama seminggu susulan kren gantri terlibat akan dipotong kepada beberapa bahagian sebelum dibawa turun.

Sumber Foto : BERNAMA

“Enam unit kren akan digunakan untuk kerja-kerja pengalihan tersebut selepas mendapat kelulusan daripada jurutera perunding seliaan dan pihak berwajib.

SUKE bersama kontraktor terlibat iaitu Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd (SMPP) telahpun memulakan kerja pengalihan kren gantri tersebut,” menurut kenyataan itu.

Katanya, kerja pengalihan kren gantri itu dijalankan selepas kerja-kerja fasa pertama iaitu penstabilan struktur rasuk dan kren gantri selesai dilaksanakan dan ia turut mengambil kira tahap keselamatan penduduk sekitar serta pekerja pembinaan.

Ahad lepas, SUKE memaklumkan fasa pertama kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan bermula 27 Mac lalu selepas pihaknya menerima kelulusan daripada JKKP.

Dalam kejadian pada 22 Mac itu, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan terbabit.

 Sumber : BERNAMA
Tags: fbk, Prolintas, SUKE, twk

Editorial

  • 36,700 individu dapat pekerjaan melalui PenjanaKerjaya 2.0
  • Sangkar pecah: Ikan pemangsa antara terlepas ke Sungai Perak

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.