Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kerjasama China, ASEAN terus berputik menerusi BRI
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

Kerjasama China, ASEAN terus berputik menerusi BRI

BEIJING, 9 April — Hubungan China dengan negara ASEAN semakin memperlihatkan keakrabannya menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastuktur asas di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Projek penambahbaikan rangkaian pengangkutan antara pendekatan yang sentiasa diberi keutamaan kedua-dua pihak untuk memantapkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan, sekali gus menyuntik momentum baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Sebagai contoh, perkhidmatan tren dari Yiwu ke Vietnam dengan membawa muatan secara pukal seperti komponen elektronik, plat keluli dan produk plastik sejak Oktober 2020 telah menjadikan wilayah Zhejiang buat julung kalinya mempunyai rangkaian rel terus dengan Asia Tenggara.

Menurut Naib Ketua Jawatankuasa Pembangunan Pasaran Yiwu Zhejiang, Bei Xudong, pihaknya akan terus menyempurnakan perkhidmatan rel kargo itu sehingga laluan ulang-alik antara dua destinasi tersebut diwujudkan.

“Kami sedang merancang untuk memperluas perkhidmatan kami hingga ke Kemboja, Thailand dan negara lain, dengan mengoptimumkan sistem rangkaian kereta api Trans-Asia atau mengguna pakai khidmat laut-darat”, ujar beliau.

Selain itu, segmen Vientiane-Vang Vieng projek lebuh raya yang dibangunkan bersama China dan Laos juga berjaya dibuka pada Disember lalu, lebih awal berbanding jadual asal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyatakan projek itu merupakan hasil kerjasama pragmatik Laos-China di bawah kerangka BRI.

Beliau yakin, dengan usaha sama kedua-dua negara, visi membina komuniti berkongsi nasib Laos-China bakal terus berputik, sekali gus memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: BRI, China, tgk

Editorial2

  • Guru berisiko tinggi fokus fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
  • Ahli ekonomi optimis terhadap pertumbuhan IPP Malaysia

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.