Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • ‘KISAH Futures’ himpun fiksyen pendek kehidupan semasa COVID-19
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

‘KISAH Futures’ himpun fiksyen pendek kehidupan semasa COVID-19

 

KUALA LUMPUR, 10 April — Bertemakan masa hadapan Malaysia pasca COVID-19, ‘KISAH Futures’ menghimpun fiksyen pendek yang boleh membawa perubahan kelestarian masa hadapan sosial, ekonomi dan ekologi di bandar.

Satu peraduan  dianjurkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), kolaborasi bersama Think City, Universiti Malaya dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology bagi menghimpunkan fiksyen pendek itu sepanjang bulan Oktober 2020.

Peraduan itu menerima sebanyak 700 kisah fiksyen pendek dalam dua kategori, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.  Senarai pemenang telah diumumkan pada bulan Disember 2020.

Wakil Tetap UNDP di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Niloy Banerjee berkata: “Benar-benar tersentuh dan menceriakan membaca beberapa kisah yang ditempuh,” kata Niloy kepada Bernama baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penjenamaan, Kandungan dan Komunikasi Think City Maya Tan berkata pengalaman rakyat dan pemastautin mengenai COVID-19 amat diperlukan untuk memanfaatkan perspektif masa depan mereka.

“Maklumat ini sangat penting untuk kerja yang kami lakukan di Think City kerana ia akan membantu kami untuk memberi nasihat dan penyelesaian dasar supaya dapat menjadikan bandar sebagai tempat tinggal yang lebih baik,” katanya.

Pemenang tempat pertama bagi kategori Bahasa Melayu dimenangi oleh Khasrul Hanif Hazirin yang mendapat RM3,000, tempat kedua Shafizah Mohd Zangi yang memperoleh RM1,500 dan tempat ketiga Mohamed Afiq Amani menerima wang sejumlah RM1,000.

Sementara itu, pemenang bagi kategori Bahasa Inggeris ialah Matthew Yap Tuck Mun, Mohd Hafidz Mahpar dan Jacie Tan Cheng Hwee dan masing-masing menerima jumlah wang sama.

Mohd Hafidz, 55, penyunting berita ekonomi di Bernama ketika ditanya mengenai kemenangannya berkata beliau tidak menyangka dapat memenangi pertandingan tersebut kerana hanya terfikir keseronokan dalam menulis cerpen.

“Idea ini timbul daripada dua kekecewaan. Pertama, sama seperti warga Malaysia yang lain, saya kecewa bila tidak boleh potong rambut di kedai gunting rambut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kedua, …mungkin saya kecewa dengan sikap orang tertentu yang beranggapan peraturan yang dikenakan tidak sesuai dengan mereka seperti memakai pelitup muka. Mereka mahu bebas apa yang mereka mahu lakukan dan tidak peduli sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada orang lain… Oleh itu watak utama cerita ini agak mementingkan diri sendiri dan egotistik.

Menceritakan mengenai minatnya dalam penulisan cerpen, Mohd Hafidz berkata beliau mula menulis sejak dari darjah lima dan menjual cerpen dua muka surat kepada rakan sekolahnya dengan harga 10 sen.

Mohd Hafidz turut berharap supaya pertandingan cerpen diadakan lebih kerap supaya pembaca terhibur membaca dan mendapat pengajaran daripadanya.

“Seperti cerpen fiksyen sains, ia dapat mencetuskan imaginasi pembaca dan boleh membawa kepada inovasi dalam sains dan teknologi,” katanya.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • 1,502 permohonan gantian MyKad diterima menerusi program Mekar di Pahang
  • Terengganu peruntuk RM919,000 bantu 59 usahawan melalui skim tugas

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.