Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • KKM mempertimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada penderma darah – Adham
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

KKM mempertimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada penderma darah – Adham

 

KUALA LUMPUR, 9 April  — Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan untuk memberi keutamaan kepada penderma darah lebih 50 kali bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM akan membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

“Ia cadangan yang baik dan sebagai insentif kepada penderma darah di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Darah Negara (PDN) di sini hari ini.

Baru-baru ini, terdapat cadangan daripada penderma darah supaya mereka diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19.

Sementara itu, Dr Adham berkata sebanyak 652,671 beg darah didermakan di seluruh negara pada tahun lepas, turun 12.3 peratus berbanding 2019 akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Dr Adham berkata stok bekalan darah di seluruh negara masih mencukupi setakat ini.

Beliau berkata KKM sedang mengkaji keperluan untuk mengkomersialkan Sistem Pengurusan Bank Darah yang dibangunkan oleh PDN kepada pihak swasta dan ke luar negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata sistem tersebut meliputi data penderma darah dan pelbagai aspek bekalan stok darah termasuk keperluan kumpulan darah, pendaftaran penderma dan kakitangan PDN.

Selain itu, beliau berkata PDN akan melanjutkan operasinya sehingga malam menjelang Ramadan supaya dapat memproses darah yang diderma dan sepanjang bulan puasa bagi penderma darah khususnya umat Islam menderma darah selepas berbuka puasa.

Penganjur kempen derma darah juga, katanya masih boleh terus menganjurkan kempen pada bulan Ramadan yang bermula minggu hadapan kerana bekalan darah dijangka berkurangan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Affin Bank sasar jadi bank pilihan utama PKS, syarikat pemula niaga
  • Gloria Jean’s Coffees dan 1901 Hot Dogs jadi tarikan di KKMM

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.