Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • KKM rampas ubat, kosmetik tidak berdaftar bernilai lebih RM800,000
  • »
  • BERNAMA
  • April 8, 2021April 8, 2021
  • 0

KKM rampas ubat, kosmetik tidak berdaftar bernilai lebih RM800,000

 

KUALA LUMPUR, 8 April — Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 105 jenis ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM800,000 daripada tiga premis di Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata produk yang dirampas merangkumi pelbagai jenis produk termasuk produk bina badan tidak berdaftar serta mengandungi racun antaranya yohimbine dan hormon testosteron.

“Rampasan ini adalah hasil pemeriksaan berdasarkan maklumat yang diterima oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Perak bahawa terdapat penjualan keluaran-keluaran tersebut secara runcit oleh pemilik premis terbabit.

“Operasi telah dilakukan pada 5 April lepas di tiga buah premis di Ipoh. Semua premis berkaitan disyaki merupakan salah satu rangkaian pengedar terbesar keluaran-keluaran tersebut ke pasaran di sekitar Perak,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata hormon testosteron dikategorikan sebagai racun terkawal dan hanya boleh diambil atas nasihat doktor serta ahli farmasi dan hormon ini kerap disalahgunakan individu untuk tujuan membina otot badan.

“Individu atau syarikat yang didapati terlibat menjual ubat dan kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika disabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dr Noor Hisham turut mengingatkan individu atau syarikat yang menjual produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi agar menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta memandangkan produk-produk tersebut tidak terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya.

“KKM menyarankan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membeli produk kesihatan atau kosmetik daripada media sosial.

“Orang ramai perlu menyemak status pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik sebelum membeli dengan melayari laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan ‘Product Status’ atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400,” menurut kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA

Tags: fbk, tgk, twk

Editorial

  • Jabatan Penjara wujudkan 13 penjara satelit atasi kesesakan banduan
  • Pertemuan Duta Malaysia tidak gambarkan pengiktirafan terhadap Junta Myanmar

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.