

Kes dua peniaga ini telah tular di media sosial. Satu kes membabitkan seorang peniaga burger yang mendakwa dikompaun RM50,000 kerana dikatakan berniaga sekitar pukul 11 malam, walaupun sebenarnya gerai burger di depan rumahnya tidak lagi dibuka untuk pelanggan, sebaliknya peniaga itu hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar kepada pekerja kilang.

Satu lagi kes yang tular membabitkan pasangan suami isteri yang berniaga colek di depan rumah mereka, juga kerana beroperasi melebihi masa yang dibenarkan, walhal pasangan itu hanyalah sedang menggoreng keropok buat santapan anak-anak mereka sebelum tidur.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, “Itu bukanlah ‘hukuman mati’, saya sudah berkali-kali menyatakan bahawa mereka boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan”.
“Ia bukan ‘mati’ di situ, boleh merayu dan berikan faktor-faktor atau alasan yang boleh dimaafkan atau diringankan jumlah kompaun,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman, semalam.
Hamid Bador turut berkata bahawa pihaknya akan mendapatkan perincian sebenar mengenai kes-kes ini.
Sumber : BERNAMA
Leave a Reply