Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS – SPRM N.Sembilan
  • »
  • Alam Sekitar, Berita, BERNAMA
  • April 24, 2021April 24, 2021
  • 0

Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS – SPRM N.Sembilan

SEREMBAN, 23 April  — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menerangkan, isu konsesi balak di kawasan Lenggeng di sini tidak melibatkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagaimana yang didakwa.

“Konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada tahun 2013,” kata Pengarah SPRM Negeri Sembilan Mohamad Zakkuan Talib.

“SPRM Negeri Sembilan bukan sahaja menyiasat isu konsesi balak di kawasan Lenggeng sebagaimana yang dimaklumkan semalam, malah turut menyiasat keseluruhan kawasan konsesi balak melibatkan YNS sejak 2014 lagi.

“Ini kerana SPRM Negeri Sembilan akan menyiasat segala aduan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem tadahan air serta jalan di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Justeru, semua pihak diharap jelas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana siasatan masih dijalankan.

Semalam, SPRM Negeri Sembilan dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu salah guna kuasa dan penyelewengan konsesi balak melibatkan YNS.

Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi kerjasama kepada SPRM selain tidak akan berkompromi dalam hal tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 16 April lepas.

Kenyataan Aminuddin itu dibuat susulan sehari sebelumnya, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban Zool Amali Hussin dilaporkan mendesak supaya kerajaan negeri menghentikan kerja pembalakan seluas 500 hektar di kawasan Lenggeng yang didakwa melibatkan sebuah yayasan di negeri ini.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Pemandu treler terjunam dalam tasik ditemukan lemas
  • JSJN KL nafi terlibat arahan pertukaran pegawai, anggota

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.