Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Kossan jadi pelanggan pertama air pulih guna dibekal Air Selangor
  • »
  • BERNAMA
  • April 10, 2021April 10, 2021
  • 0

Kossan jadi pelanggan pertama air pulih guna dibekal Air Selangor

 

KUALA LUMPUR, 9 April  — Kossan Rubber Industries Berhad (Kossan) menjadi pelanggan pertama air pulih guna daripada efluen terawat air kumbahan untuk kegunaan industri, yang dibekalkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Air Selangor dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dalam kenyataan bersama menyatakan, air pulih guna untuk kegunaan industri bukan berasaskan makanan dan minuman itu, dihasilkan oleh Central Water Reclamation Sdn Bhd (Central Water), yang mana Air Selangor memegang 60 peratus saham dan IWK pula 40 peratus.

“Central Water akan memulakan operasinya dengan penghasilan bekalan air pulih guna di loji rawatan di Setia Alam, yang akan seterusnya diagihkan Air Selangor kepada Kossan, melalui jajaran paip khas dari loji rawatan air pulih guna Central Water, terus ke premis Kossan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu menyatakan, Central Water hari ini menandatangani perjanjian bekalan air pulih guna secara pukal dengan Air Selangor, manakala perjanjian bagi bekalan air pulih guna kepada tiga anak syarikat milik Kossan, ditandatangani antara Air Selangor dan Kossan, yang merupakan antara pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia.

Tambah kenyataan itu, lanjutan daripada usaha tersebut, Air Selangor dan IWK melalui Central Water bakal mengenal pasti usahasama lain yang berkaitan dengan loji rawatan IWK termasuk lojinya di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, bagi terus membangunkan industri bekalan air pulih guna untuk kegunaan pelbagai industri.

“Ini merupakan komitmen jangka panjang Air Selangor dan IWK, ke arah pembangunan industri air negara yang lebih cekap dan mampan, bagi mendokong sasaran negara dalam mengitar semula 33 peratus daripada efluen terawat negara pada 2030, di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030,” menurut kenyataan itu.

Pada Mac lepas, Air Selangor dan IWK telah menandatangani perjanjian pemegang saham bagi memeterai usaha sama industri bekalan air pulih guna melalui syarikat tujuan khas Central Water.

Central Water ditubuhkan dengan misi untuk menerajui industri bekalan air pulih guna dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sedia ada di samping memelihara alam sekitar.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Liga Super: Kedah DA FC kecundang di laman sendiri
  • Audio: Ahmad Zahid perlu segerakan laporan polis elak spekulasi

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.