Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • KPDNHEP keluarkan notis susulan kenaikan harga ayam
  • »
  • Berita, BERNAMA
  • April 17, 2021April 17, 2021
  • 0

KPDNHEP keluarkan notis susulan kenaikan harga ayam

KUALA LUMPUR, 17 April — Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.

Malah, terdapat juga badan bukan kerajaan yang menggesa pihak berkuasa, agar segera campur tangan kerana kenaikan harga ayam itu membebankan pelbagai pihak.

Di JOHOR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, mengeluarkan 26 notis terhadap 20 peniaga runcit dan enam pemborong ayam di sekitar pasar awam di bandar raya Johor Bahru, hasil pemeriksaan ekoran terdapat aduan berlaku kenaikan harga ayam.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, menerusi pemeriksaan sejak hari pertama Ramadan.

Sementara itu Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar ketika dihubungi berkata, setakat ini dua notis dikeluarkan ke atas peniaga dan pengeluar ayam di negeri berkenaan.

“Mereka diberi masa tiga dan lima hari untuk kemukakan dokumen. Sekiranya ada elemen pencatutan, mereka akan dikompaun di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Bagi pengguna, jangan bimbang kerana pemantauan dibuat setiap hari, dan sekiranya ada aduan segera berhubung dengan kami,” katanya.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Melaka mendapati rata-rata ayam dijual pada harga sekitar RM9.50 sekilogram, menyebabkan pengguna mengeluh dengan harga tersebut yang dianggap terlalu mahal.

Seorang peniaga Hamzah Othman, 57, berkata, tidak pernah dalam sejarah 30 tahun berniaga ayam beliau terpaksa menjual dengan harga semahal itu, namun tiada pilihan apabila pembekal sendiri menetapkan harga yang sudah tinggi.

“Ada pembekal kata harga naik sebab penternak terpaksa menanggung harga dedak import yang naik sehingga 40 peratus. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tapi semua tempat,” katanya.

Sementara itu di PULAU PINANG, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), menggesa pihak berkuasa untuk segera campur tangan bagi menyelesaikan isu harga ayam yang melonjak, sejak mula bulan Ramadan.

Pegawai Pendidikan CAP N. V. Subbarow berkata, kenaikan harga itu membebankan semua pihak dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengedar ayam terlibat.

“Sebelum ini ayam dijual pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi sekarang dijual pada harga RM9 hingga RM10 sekilogram, dengan alasan bahawa kenaikan harga makanan ternakan ayam dan perbelanjaan lain,” katanya dalam kenyataan.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • MCMC kesan satu lagi iklan ajak berjudi, kesannya, tindakan tegas akan diambil
  • Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota yang terlibat dalam jenayah terancang

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.