Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • KPDNHEP N. Sembilan rampas 2,625 pakaian berjenama tiruan
  • »
  • BERNAMA
  • April 9, 2021April 9, 2021
  • 0

KPDNHEP N. Sembilan rampas 2,625 pakaian berjenama tiruan

SEREMBAN 9 April — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas 2,625 pakaian pelbagai jenama bernilai RM26,250 dalam dua serbuan di sebuah premis perniagaan dan sebuah rumah di Bandar Baru Enstek, Nilai, semalam.

Pengarahnya Ain Arjuna Aziz Zaman berkata dalam serbuan pertama yang dilaksanakan lapan anggota KPDNHEP di premis perniagaan itu, pihaknya merampas 2,025 pakaian bernilai RM20,250 dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang merupakan pemilik perniagaan.

Katanya, premis perniagaan berkenaan, yang beroperasi sekitar tahun, disyaki dijadikan stor penyimpanan barang tiruan untuk tujuan perniagaag

“Barangan tersebut dipercayai diperoleh dari luar negara dan dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan dalam talian untuk pasaran di dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, satu lagi serbuan di premis kediaman pemilik perniagaan itu pula menemukan 600 pakaian pelbagai jenama, disyaki barangan tiruan dengan anggaran nilai rampasan RM6,000.

Jelasnya, serbuan itu dilakukan hasil pemantauan dan risikan selama seminggu oleh anggota KPDNHEP Negeri Sembilan dan maklumat pengadu bagi cap dagang berkenaan.

Katanya, kesemua barangan berkenaan disita di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 untuk siasatan lanjut.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • DOSM: Nilai jualan pembuatan meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2021
  • Kerajaan negeri disaran wujud loji rawatan kumbahan serantau di zon industri

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.