Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • KPDNHEP T’ganu rampas 53,000 liter minyak diesel diseleweng
  • »
  • Berita
  • April 6, 2021
  • 0

KPDNHEP T’ganu rampas 53,000 liter minyak diesel diseleweng

KUALA TERENGGANU, 6 April — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 53,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng, dalam serbuan di sebuah stor pelupusan bahan binaan di Kampung Teluk Pasu, di sini semalam.

“Dipercayai minyak diesel tersebut dipindahkan dari tengah laut, dimasukkan ke dalam tangki bot kargo sebelum dimasukkan pula ke dalam lori tangki. Minyak diesel ini berkemungkinan dibekalkan ke kawasan perindustrian,” katanya.

 

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata turut dirampas sebuah lori tangki dan dua bot kargo dengan nilai keseluruhan RM930,150.

Beliau berkata susulan serbuan itu, seramai lima lelaki berusia 30-an telah ditahan.

“Serbuan yang dijalankan oleh lapan pegawai penguat kuasa pada 12.15 tengah malam (Isnin) di sebuah stor pelupusan bahan binaan telah mendapati tiga lelaki yang disyaki sebagai pekerja premis sedang leka membuat penyelenggaraan terhadap sebuah pam yang disambungkan dengan getah paip lut sinar.

“Selain itu, seorang lagi lelaki dijumpai berada di atas bot manakala seorang lelaki kemudiannya menyerah diri ke pejabat KPDNHEP pada keesokannya. Dalam serbuan itu, turut dijumpai sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa dan sebuah lori tangki di dalam premis tersebut,” katanya dalam sidang media selepas meninjau lokasi serbuan di sini hari ini.

Hasil penelitian pihaknya mendapati terdapat satu pam yang bersambung dengan paip getah lut sinar berada di tepi lori tangki itu yang disambungkan ke arah belakang premis tersebut

Selain itu, pihaknya turut mengesan sebuah lagi pam yang disambung terus ke tangki bot kargo dan bersambung dengan pam di tepi lori tangki, dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pemindahan diesel.

“Dianggarkan terdapat lebih kurang 23,000 liter minyak diesel di dalam tangki lori dan lebih kurang 30,000 liter minyak diesel di dalam tangki bot.

“Dipercayai minyak diesel tersebut dipindahkan dari tengah laut, dimasukkan ke dalam tangki bot kargo sebelum dimasukkan pula ke dalam lori tangki. Minyak diesel ini berkemungkinan dibekalkan ke kawasan perindustrian,” katanya.

Beliau berkata serbuan itu dijalankan selepas pihaknya membuat risikan selama dua bulan dan mendapati kegiatan yang menyalahi undang-undang itu sedang giat dijalankan memandangkan kawasan premis terbabit telah dibersihkan sebagai persiapan melakukan aktiviti pemindahan minyak yang seterusnya.

Saharuddin berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala hukuman ke atas syarikat adalah denda tidak melebihi RM2 juta.

Sumber : BERNAMA

Tags: Diesel, fbk, KPDNHEP, tgk, twk

Editorial

  • Sabah sediakan 35,000 benih durian musang king bersubsidi untuk petani
  • Replika capal perlu dialihkan ke ruang bersesuaian – Jabatan Mufti Perak

Jemput baca

WAK KANG : “SEBUAH PERJUANGAN DALAM DISPLIN SENI LAKU”.

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENERBITAN ZINE DARI JOHOR

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.