Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai

KUCHING, 11 April — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118), bagi membantu pembeli projek perumahan tertangguh, kata Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya pindaan akta itu sedang dalam perancangan dan bertujuan untuk mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai, serta melihat kepada tindakan yang lebih tegas untuk dikenakan terhadap pemaju.

“Ketika ini undang-undang kita agak longgar dengan hanya menyenarai hitam sahaja pemaju-pemaju berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) cawangan Sarawak di sini hari ini.

Selain itu Zuraida berkata, pihaknya juga akan mewujudkan satu tabung di mana pemaju yang ingin membangunkan sesebuah projek perumahan, perlu memperuntukkan sejumlah dana ke dalam tabung berkenaan.

“Dana itu akan digunakan sekiranya terdapat projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh pemaju terbabit agar ia dapat diselamatkan dan pembeli tidak mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perasmian pejabat SPNB itu Zuraida berkata, ia merupakan salah satu inisiatif penjenamaan semula agensi itu di Sarawak, yang sudah mula bertapak sejak 2004.

“Orang ramai khususnya golongan B40 di Sarawak boleh berhubung terus dengan SPNB, bagi mendapatkan maklumat berkenaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan pembelian kediaman SPNB yang mampu dimiliki,” katanya.

Sehingga kini di Sarawak, SPNB telah berjaya menyiapkan sebanyak 2,904 unit kediaman, serta terdapat beberapa projek lagi yang bakal dilancarkan antaranya di Kuching dan Miri melibatkan 2,187 unit kediaman.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Queenie Ting Pecah Rekod Kebangsaan Lempar Cakera
  • 3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.