Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • KSM cadang laksana modul e-Wages pantau pembayaran gaji pekerja secara masa nyata
  • »
  • Berita, BERNAMA, Ekonomi, Masyarakat
  • April 29, 2021April 30, 2021
  • 0

KSM cadang laksana modul e-Wages pantau pembayaran gaji pekerja secara masa nyata

KUALA LUMPUR, 29 April  — Kementerian Sumber Manusia (KSM) bercadang untuk melaksanakan modul e-Wages dalam masa terdekat bagi memantau pembayaran gaji bulanan kepada pekerja secara masa nyata.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu adalah bagi memastikan gaji pekerja akan dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Gaji pekerja perlu dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum hari ketujuh pada setiap bulan selaras dengan Akta Kerja 1955. Ketika ini, tiada sebarang mekanisme yang diguna pakai dalam pasaran pekerjaan untuk memantau pembayaran gaji kepada pekerja di dalam negara.

“Pelaksanaan e-Wages akan dapat memastikan ketelusan serta mengelakkan perbuatan manipulasi pihak majikan dalam urusan pembayaran gaji kepada pekerja mereka,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan sistem itu juga secara tidak langsung akan memastikan hak dan kebajikan pekerja terbela selain membolehkan imej serta kredibiliti negara terpelihara khususnya dalam aspek penggajian pekerja asing.

Mengulas insiden seorang pekerja asing yang didapati membunuh diri selepas mendakwa sudah lima bulan tidak dibayar gaji oleh majikannya baru-baru ini, Saravanan berkata perkara itu tidak seharusnya terjadi dalam pasaran buruh terutama ketika negara berdepan krisis ekonomi dan kesihatan ekoran penularan pandemik COVID-19.

Beliau berkata KSM, melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK), akan menyiasat insiden itu dengan teliti dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap majikan jika dakwaan tersebut didapati benar.

“Saya ingin melahirkan rasa simpati dan dukacita susulan insiden berkenaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa JTK sedang menyiasat dakwaan sebuah syarikat tidak membayar gaji selama lima bulan kepada seorang pekerja warga Pakistan yang ditemukan mati di tapak pembinaan pada 17 April lepas.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: e-Wages, tgk

Editorial2

  • Kompaun RM50,000 bukan ‘hukuman mati’- Hamid Bador
  • MARA peruntuk RM3.5 juta bantu usahawan mikro

Jemput baca

Suara Rakyat Marhaen: Gaji FGV Tak Masuk Akal

  • July 28, 2022January 21, 2023
  • 0

PENGENALAN KE ATAS TEORI SPEKTRUM POLITIK

  • March 9, 2022March 9, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.