Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • Berita
  • »
  • Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan – Presiden MNS
  • »
  • Alam Sekitar, Berita, BERNAMA
  • April 24, 2021April 24, 2021
  • 0

Kualiti air Sungai Kim Kim masih boleh dipulihkan – Presiden MNS

JOHOR BAHRU, 24 April — Kualiti air Sungai Kim Kim di Pasir Gudang di sini yang didakwa tenat sehingga boleh membahayakan hidupan akuatik dan manusia kesan daripada pencemaran, masih boleh diselamatkan, kata Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Presiden MNS Prof Dr Ahmad Ismail berkata bagaimanapun, usaha itu memerlukan kerjasama segera kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang berkaitan, khususnya bagi memastikan masalah pencemaran tersebut tidak berulang lagi.

MNS mengenal pasti bahawa pelepasan efluen perindustrian dan air kumbahan dari kawasan petempatan penduduk yang menjadi punca utama pencemaran sungai itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Hentikan input efluen yang menyebabkan pencemaran kerana selagi ada input pencemaran ke dalam sungai, selagi itulah masalah tidak akan selesai”.

“Justeru, pihak berkuasa perlu merujuk kepada pakar berkaitan untuk program pemulihan sungai yang tercemar kerana ia masih belum terlambat,” katanya yang dihubungi Bernama bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, mengenai kualiti air Sungai Kim Kim yang dikategorikan dalam Kelas V iaitu paling tercemar dan tidak sesuai untuk sebarang kegunaan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pembuangan sisa bahan kimia dari kilang atau industri seharusnya dilakukan di lokasi yang dikhaskan dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard sedia ada.

“Tidak dinafikan, usaha pemulihan sungai yang tercemar memerlukan kos yang tinggi dan akan memakan masa yang lama, tetapi kita mesti mempunyai sasaran atau matlamat. Pada masa sama, kita mesti terus membuat kajian. Saya yakin dengan usaha ini, suatu hari nanti Sungai Kim Kim pasti boleh menjadi model untuk masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff ketika dihubungi berkata keputusan ujian pensampelan pencemaran air Sungai Kim Kim bergantung pada lokasi sampel air diambil kerana setiap lokasi akan menghasilkan dapatan berbeza.

“Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) dan ammonia sampel air di setiap sungai termasuk persekitarannya seperti terdapat kawasan perindustrian, perumahan atau kemudahan awam seperti pasar yang berhampiran dengan sungai serta keadaan cuaca,” katanya.

Menurut beliau, JAS Johor sentiasa menjalankan pensampelan secara manual sebanyak enam kali setahun di dua lokasi berasingan di Sungai Kim Kim dengan kadar BOD di kawasan terbabit dikenal pasti dipengaruhi bahan pencemar organik dan ammonia yang kebiasaannya berpunca daripada sisa kumbahan.

“Justeru, semua pihak perlu berganding bahu, mengambil sikap cakna dan memainkan peranan masing-masing dalam memelihara dan memulihara sumber air,” katanya, menambah JAS Johor yakin Sungai Kim Kim boleh kembali ke Kelas I sekiranya jumlah pelepasan ke sungai itu dikurangkan.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Aidil Sharin kagum semangat pemain KDA FC tidak mudah putus asa
  • Cuepacs gesa henti sebar maklumat tidak tepat isu kompaun masjid

Jemput baca

70 PERATUS SAMPAH, SISA KIMIA?

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

WARISAN ALAM BUKIT PAYUNG DAN KRISIS

  • March 7, 2022March 7, 2022
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.