Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • KUFC waspada berdepan skuad Projek FAM-MSN
  • »
  • BERNAMA, Sukan
  • April 15, 2021April 15, 2021
  • 0

KUFC waspada berdepan skuad Projek FAM-MSN

KOTA BHARU, 15 April — Biarpun dilihat mempunyai kelebihan, pemain tengah Kelantan United (KUFC) Muhamad Shahrul Hakim Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya berwaspada dengan cabaran Skuad Projek FAM-MSN menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium UiTM Shah Alam, Sabtu ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu berkata beliau serta rakan sepasukan tidak boleh memandang rendah kemampuan dimiliki lawannya itu walaupun Skuad Projek FAM-MSN merupakan pendatang baharu dalam saingan Liga Premier musim ini.

“Pada perlawanan Sabtu ini, kami (KUFC) dianggap sebagai pasukan pilihan namun kami perlu menghormati skuad kendalian Yusri Che Lah itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

KUFC ketika ini berada di kedudukan keenam Liga Premier dengan mengumpul 10 mata selepas tujuh perlawanan, manakala Skuad Projek FAM-MSN di tangga tercorot dengan satu mata daripada lapan perlawanan.

Muhamad Shahrul Hakim berkata pasukannya perlu melakukan persiapan rapi andai mahu meraih tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

“Walaupun dibarisi pemain kurang berpengalaman, Skuad Projek FAM-MSN turun tanpa tekanan. Kami tidak boleh leka dan paling penting kami mahu meneruskan momentum kemenangan untuk memberikan cabaran kepada pasukan teratas,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • Agong bangga dua pelajar Malaysia dipilih ke Harvard College
  • Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan dibuka untuk pendaftaran – MaGIC

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.