Skip to content
KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook
  • Home
  • »
  • BERNAMA
  • »
  • Lapan tahun berlalu, penduduk masih trauma tragedi Tanduo
  • »
  • BERNAMA
  • April 11, 2021April 11, 2021
  • 0

Lapan tahun berlalu, penduduk masih trauma tragedi Tanduo

LAHAD DATU, 10 April  — Meskipun sudah lapan tahun peristiwa pencerobohan pengganas Sulu berlaku di Kampung Tanduo yang berlarutan hingga ke Tanjung Labian, Tungku dekat sini, namun penduduk setempat masih terkesan dengan tragedi itu.

Said Malandi, 70, yang menetap di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Labian berkata tragedi itu juga membuatkan isterinya Halijah Abu Seman, 69, trauma setiap kali mendengar bunyi kapal terbang atau helikopter melintas di ruang udara kampung tersebut.

“Sehari sebelum pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu itu, kami mendapat arahan untuk meninggalkan rumah. Saya dan isteri serta dua anak lelaki ditempatkan di Dewan Embara Budi, Semai Bakti yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Tanjung Labian.

“Kami ditempatkan di dewan selama sebulan bersama-sama penduduk lain dan selepas itu, kami dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan saya sekeluarga cukup terkejut melihat dinding rumah penuh dengan kesan tembakan,” kata bekas pesara tentera itu kepada pemberita di sini, hari ini.

Said merupakan penerima bantuan bagi program baik pulih prasarana dan rumah daif di Tanjung Labian oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), sempena ulang tahun kelapan ESSCom.

Said turut mengucapkan terima kasih kepada ESSCom serta Markas 13 Briged Kem Cenderawasih atas bantuan membaiki rumahnya termasuk kerja-kerja menukar atap, mengecat serta menampal lubang kesan tembakan penceroboh Sulu.

Sementara itu, Staf Pusat Operasi ESSCom Brig Jen Hamzah Ali berkata pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan ESSCom sebagai usaha membina hubungan baik antara pasukan keselamatan dan komuniti setempat.

“Pasukan keselamatan memerlukan kerjasama setiap penduduk untuk mencegah ancaman dan menentukan kestabilan sesebuah kawasan. Penduduk merupakan ‘mata dan telinga’ terbaik pasukan keselamatan,” katanya.

Hamzah dalam pada itu berkata ESSCom bercadang mengadakan bengkel keselamatan di Pejabat ESSCom dengan penglibatan orang awam.

 

Sumber : BERNAMA

Tags: tgk

Editorial2

  • JDT selesa terajui liga, Sarawak United rampas takhta Liga Premier
  • Tenaga solar di Malaysia – Antara cabaran, manfaatnya sebagai tenaga alternatif

Jemput baca

Peguam Nafi Kerajaan Tak Ada Kuasa Paksa Bank Beri Moratorium

  • June 2, 2021
  • 0

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan bagi Pekebun Kecil Sabah,Sarawak

  • June 2, 2021June 2, 2021
  • 0

Leave a Reply Cancel reply

Navigasi

  • Laman Utama
  • Rencana
    • Sejarah
    • Pendidikan
    • Masyarakat
    • Biografi
    • Pemikiran
    • Alam Sekitar
    • Ekonomi
  • Seni
    • Puisi & Sajak
    • Komik Ilustrasi
  • Johor
    • Alir Cahaya
    • Zine Dari Johor
    • Batu Pahat
  • Tentang
    • Karyasama
    • Facebook

KRYSM

Tragedi Bukit Kepong & Mat Indera ke Tali Gantung

  • January 14, 2023January 17, 2023
  • 0

Mat Indera, Dari Kuasa Buruh Hingga Gerila

  • January 13, 2023January 14, 2023
  • 0

Mat Indera: Peribadi Seorang Gerila Komunis Melayu

  • January 11, 2023January 14, 2023
  • 0

MAPO FESTIVAL 2022 – Ke Arah Melestarikan Seni & Komuniti di Muar

  • December 13, 2022January 16, 2023
  • 0

KRYSM: Himpunan Karya Kritis & Kreatif

  • Berita
  • Berita
  • Pin Posts
  • Sample Page
  • Tentang

Hak Cipta Terpelihara 2022 | Theme: Pritam by Template Sell.